Ahad, 13 Mac 2011

KURSUS PRS FASA 1 DAN FASA 2

Selasa 8 Mac, dengan kekangan kekurangan kaunselor memandangkan Cikgu Noor Azlina tiba-tiba bercuti kerana masalah kesihatan, saya tetap meneruskan kursus Fasa 1 PRS seperti mana yang dijanjikan. Seramai 64 orang ahli PRS (baru dan lama) bergabung tenaga dan berkumpul di bilik B&K SMKSB. Semua ahli ternyata kurang selesa. Kesukaran mencari tempat sesuai dengan bilangan ahli yang begitu ramai tidak dapat dielakkan. Semua kawasan dan bilik besar termasuk diguna untuk pelbagai aktiviti. Berbetulan pula hari ini merupakan hari kegiatan kokurikulum. Dalam keadaan ‘darurat’ begitu sesi perkenalan masih berjalan walaupun dengan sedikit rasa ketidakselesaan!

Ketika menjalankan Kursus Fasa 2 pada esoknya (9 Mac 2011), hati bagai digeletik ketika melihat gelagat peserta dalam pelbagai aktiviti. Aksi dan gelagat sepontan menyerlahkan wajah-wajah sebenar para peserta yang bakal mewarnai kewujudan PRS SMKSB. Terasa begitu daifnya diri bila berhadapan dengan para pelajar sebegini. Banyak recam kehidupan yang perlu mereka lalui bagi mendewasakan diri. Aktiviti ‘melipat kain’ dan ‘belon amanah’ memberi kesedaran baru kepada diri setiap kaunselor. Kesemua pelajar ini, yang masih rebung tentunya mendambakan satu pendedahan untuk mematangkan diri sesuai dengan moto Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) itu sendiri “Bantu diri untuk Bantu orang lain”.

2 ulasan:

  1. Jah, sangat menarik, sangat rugilah saya akhir-akhir ini tidak dapat langsung turun bersama kaunselor2 yang disayangi dan yang rajin-rajin. Any way terima kasih banyak-banyak Tuhan sajalah yang layak membalasnya. For all you know,I am always by your sides. Go my councelors go.......

    BalasPadam
  2. Cikgu, kekuatan kepada kami adalah kerana mempunyai ketua yang sentiasa memberi kami ruang untuk berkembang serta pengiktirafan. Dalam keghairahan untuk mengembangkan sayap & potensi diri, yang penting adalah sokongan berterusan tanpa semua itu barangkali kami juga akan menjadi layu kerana tidak punya suntikan untuk ke arah itu. Terima kasih cikgu.

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...