Selasa, 1 Mac 2011

REMAJA DAN PERMASALAHAN

Apakah sebenarnya yang dicari oleh remaja masa kini? Adakah kemewahan kehidupan atau kasih sayang? Kehidupan dalam dunia global dengan pelbagai kemudahan dunia tanpa sempadan menjadikan remaja leka dibuai mimpi-mimpi indah. Kesibukan ibu bapa memenuhi tuntutan duniawi menjadikan terlalu ramai remaja kurang arah dan kurang pertimbangan. Persolannya mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah yang kurang dalam institusi keluarga malahan dalam institusi pendidikan itu sendri? Adakah sistem kekeluargaan dewasa ini sudah terlalu pincang atau dunia pendidikan hari ini hanya berusaha melahirkan manusia-manusia robot yang dipatenkan mengikut acuan institusi pendidikan masing-masing?

Sikap egonis sesetengah pihak terutama pentadbiran sesebuah institusi dalam menangani permasalahan berkaitan dengan remaja bukan membantu remaja tersebut mendapat semula dirinya yang hilang tetapi, lebih kepada membantu diri dan organisasinya daripada memberi jawapan demi jawapan! Keadaan ini tidak memungkinkan masalah remaja dapat ditangani dengan berkesan tetapi akan menjadikan permasalahan berkaitan remaja tidak dapat diselesaikan.

Jika dilihat secara terperinci permasalahan berkaitan dengan remaja bukanlah isu baru yang patut dibincangkan. Pelbagai pihak seringkali menjalankan kajian demi kajian berhubung dengan remaja. Namun, kajian demi kajian yang dilakukan ternyata tidak berjaya menangani permasalahan ini sehingga ke akar umbi. Kita barangkali lupa bahawa remaja merupakan asset yang paling penting kepada pembangunan sesebuah negara. Kehidupan remaja yang begitu banyak ‘strom dan stress’ menjadikan remaja sukar untuk diramal.

Rasa-rasanya seseorang remaja dapat tumbuh dengan baik seandainya diberi ruang yang sepatutnya. Perkongsian dan persefahaman antara orang dewasa dengan golongan remaja patut diterapkan. Sikap terlalu ‘bongkak’ sesetengah pihak baik ibu bapa, para guru atau masyarakat perlu dilihat sebagai salah satu penyumbang kepada ketidakselesaan remaja untuk melakukan perkongsian. Remaja adalah individu yang sentiasa berfikir untuk melebarkan daya kreatiiti yang mereka miliki. Menghalang remaja melakukan apa yang ingin dicuba akan menyebabkan rasa ingin tahu mereka memuncak. Seandainya semua pihak dapat menjiwai remaja, barangkali usaha mendekati remaja menjadi lebih mudah. Oleh itu, satu pendekatan yang lebih mesra perlu dicari demi membantu remaja berkembang seiring dengan potensi diri yang mereka miliki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...