Selasa, 1 Mac 2011

PELAJAR DAN RAGAM HIDUP

Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar dari pelbagai latar kehidupan seringkali menjadikan saya cukup begitu insaf. Saya acapkali tertanya-tanya mengapa dalam usia begitu mentah terlalu ramai pelajar berhadapan dengan seribu kesulitan dalam kehidupan. Dengan kemelut keluarga yang tidak pernah selesai, ditambah persekitaran masyarakat yang kerapkali menghukum malahan sikap kurang prihatin para guru menjadikan perjalanan hidup para pelajar begitu banyak onak, duri dan ranjau.

Saya tidak tahu mengapa kadang-kadang begitu bersikap emosional ketika berhadapan dengan segala permasalahan pelajar yang sebegini. Sikap segelintir teman-rakan yang kurang menghormati ‘etika kaunseling’ menjadikan saya ‘cuak’ dan terasa tidak senang. Saya sering berpegang pada satu prinsip mudah bahawa sesiapa insan itu, walau dari mana juga mereka datang; pernah melakukan kesilapan, baik kesilapan besar mahupun kesilapan kecil. Maka kita bukanlah orangnya yang mempunyai hak untuk menjatuhkan hukuman kepada orang lain. Bagi saya setiap orang mempunyai potensi untuk berubah, punya akal untuk berfikiran secara rasional dan mendapat celik akal. Maka tidak ada sebab mengapa kita harus melabel individu berdasarkan pesepsi kita sendiri.

Rasanya kurang wajar jika kita memberi tamparan hebat kepada sesorang berdasarkan satu kesilapan yang pernah dilakukan. Setiap insan mempunyai maruah diri. Jadi, mengapa perlu seseorang itu ‘dimalukan’ di hadapan orang lain? Demikian pandangan saya terhadap seluruh pelajar yang terdiri dari segala macam latar kehidupan. Ketidakprihatinan banyak pihak menjadikan para pelajar ini hilang arah, hilang pedoman. Maka jalan yang paling mudah untk mereka adalah mencari satu dahan lain untuk berpaut kerana yang paling mereka dambakan adalah perhatian!

Lantaran itulah, saya suka memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk membuka lembaran demi lembaran baru dalam kehidupan mereka. Saya menjadi cukup bangga jika ada pelajar yang menunjukkan perubahan dalam kehidupan walaupun hanya sedikit. Cuma barangkali perubahan tersebut tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat tetapi boleh berlaku dalam satu jangka masa lebih panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...