Rabu, 23 Februari 2011

HARGAI MASA YANG ADA; JANGAN LEKA

Barangkali tidak ada kata yang mampu diucapkan oleh sesiapa pun apabila menerima suatu ucapan tahniah. Kemanisan menikmati saat-saat indah ketika dikerumuni teman-rakan tentunya menjadi detik cukup indah. Sebagai seorang insan, tidak ada satu detik pun yang paling manis berbanding ketika mengecapi saat-saat menerima sesuatu kejayaan. Terasa segala penat lelah sepanjang tempoh berusaha menjadi cukup berbaloi. Termasuk pengorbanan semua pihak; diri sendiri, ibu bapa, teman rakan malahan para guru. Demikian kehidupan. Yang menjanjikan sejuta warna-warni dan kita sendirilah pencoraknya.
Jika semua kita mengimpikan sebuah kejayaan; maka sewajarnya permulaan terhadap usaha untuk mendapat kejayaan itu perlu dilakukan dari awal. Maksudnya bukan hanya dilaksanakan pada detik-detik akhir atau di hujung waktu. Barangkali kita boleh mengangkat kejayaan yang dicapai oleh kakak-kakak dalam STPM 2010 sebagai satu titik permulaan. Kejayaan mereka mencapai sehingga 3.92 bukan merupakan usaha yang dilakukan di saat-saat akhir. Secara logiknya, kejayaan tersebut bukan mudah. Tidak semudah kita melafazkan ucapan tahniah. Atau semudah senyuman lebar yang terpancar di segenap wajah.
Sebenarnya, kejayaan demi kejayaan dalam hidup setiap individu boleh terhasil melalui usaha yang berterusan. Sentiasa menghargai setiap detik masa yang datang. Tidak mengamalkan kerja bertangguh malahan menjadikan disiplin sebagai asas kecemerlangan diri. Kita juga boleh mengangkat kejayaan-kejayaan individu-individu lain sebagai pembakar semangat sekiranya motivasi diri semakin luntur. Jangan biarkan diri terus leka bermain dengan takdir dan nasib kerana permainan takdir dan nasib ibarat menyerah diri diratah kepunahan tanpa mahu mempertahankan kebenaran.
Demikianlah kehidupan yang kita nampak sukar namun menjadi cukup mudah jika kita pandai memudahkan kehidupan kita bermula pada detik dan saat ini. Oleh itu,marilah para pelajar - belajarlah menghargai setiap detik masa yang datang dan kita punya kerana perginya masa akan membawa berjuta kekesalan kerana kita tidak berupaya untuk mengembalikandetik-detik itu semula seperti mana yang kita inginkan. Jangan biarkan kelekaan merosakkan diri; jangan biarkan hanya orang lain mengecap kegembiraan demi kegembiraan kerana kita juga berhak dan mampu. Jadikan setiap apa yang berlaku sebagai satu proses pembelajaran - kita mampu mengubahnya!!

2 ulasan:

  1. semakin moden negara, semakin bnyak unsur-unsur kelekaan yang timbul..Paling jelas Facebook, sangat-sangat melekakan kalau dah ketagih tu..sehinggakan, ada student cemerlang yang mengatakan, tidak ketagih facebook faktor dia berjaya..

    kalau boleh, buat perenggan, senang sikit nak baca cikgu. Selang sebaris..hehe..maaf ya..hehe

    tak kosong la blog ni..banyak ilmu untuk di kongsi..=)

    BalasPadam
  2. Hati Batu, terimakasih banyak kerana sudi memberi komentar di blog saya.Insya
    Allah saya akan cuba buat lebih baik selepasini.

    Namun...,Jika dibandingkan dengan blog tuan terasa diri begitu kerdil. Saya masih merangkak dan sentiasa memerlukan bimbingan. Penulisan blog pada saya cukup santai dan menjadi medium paling berkesan untuk satu perkongsian.

    Terima kasih....

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...