Rabu, 23 Mac 2011

TAHNIAH DAN BERBANGGALAH MENJADI WARGA BAHIYAH

Apa perasaan anda bila ramai calon SPM 2010 SMKSB yang mendapat keputusan cemerlang kali ini? Terkejut? Teruja? Bangga? Demikian hasil yang dapat dituai jika benih yang ditanam dibeaja dan dijaga. Mana mungkin hasil tanaman begitu lumayan jika dibiarkan kontang. Begitu juga kejayaan tidak datang bergolek jika tidak disusuri dengan strategi, tindakan dan penambahbaikan. Siapakah sebenarnya yang memainkan peranan menjadi pelaksana kepada segala kejayaan tersebut? Siapa lagi jika bukan anda (guru-guru, para waris, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah)?

Barangkali, kerana kekuatan itulah kebelakangan ini begitu banyak permintaan untuk memasuki SMKSB. Rupa-rupanya dalam diam semua orang di sekeliling sedang membuat penilaian dan penggredan terhadap kita. Sehingga kadang-kadang kita tidak berupaya membuat pilihan untuk kebaikan bersama.

Sewajarnya bagi yang berada di SMKSB, kita perlu berbangga kerana menjadi warga sekolah ini. Tidak perlu ada rasa takut atau rendah diri. Tidak perlu membanding kita dengan yang lain. Tidak perlu melihat di mana hebatnya mereka atau di mana kurangnya kita. Kerana semuanya bergantung kepada kita. Jika kita ingin hebat, tunjukkan! Jika kita ingin berjaya, buktikan!

Jika mereka boleh, kita juga boleh. Jika mereka Berjaya, kita juga Berjaya. PMR dan SPM 2010 itulah buktinya. Jadi.., Jangan biarkan apa yang berlaku hari ini terus menjadi sejarah. Ulangi lagi pada tahun-tahun yang bakal menjelang. Mari kita cipta sejarah yang lain pula!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...