Selasa, 22 Mac 2011

SESEKALI PANDANGLAH RUMPUT DI BUMI

Pagi hari Isnin 750 pagi, rutinnya seperti biasaa saya menjemput seorang pelajar yang lewat daatang ke sekolah ke bilik saya. Setelah berbincang panjang ternyata banyak perkara yang terlepas pandang. Tidak dibuat tindakan dan susulan. Begitulah agaknya bila berhadapan dengan terlalu banyak kekalutan, kita menjadi terlalu mengambil mudah sesuatu perkara. Namun hati saya ternyata tidak tenang. Barangkali kerana saya dilahirkan dalam sebuah keluarga serba dhaif maka hati saya begitu cepat terkesan apabila berhadapan dengan permasalahan pelajar berhubung kemiskinan; kesusahan. Saya barangkali cuba ‘mencerminkan’diri pelajar tersebut seperti bayangan diri saya ketika zaman remaja. Berkongsi basikal dengan kakak, berulang-alik dalam jarak lebih 5 batu pergi dan 5 batu balik setiap hari untuk mendapatkan khidmat sebuah basikal kerana dhaifnya kehidupan.
Sehingga kini, ruang fikir saya tidak pernah mampu mencari jawapan mengapa tergamak insan mempersoalkan kenapa tidak membeli kereta atau suruh emak belajar kereta kepada pelajar yang mempunyai 8 beradik tanpa ayah? Begitukah cara seorang dewasa berhadapan dengan pelajar sedhaif itu? Persoalannya, kedhaifan dan kemiskinan pelajar bukanlah suatu tempat atau ruang untuk diterjah dengan kata-kata berbentuk sindiran yang boleh merosakan hati remaja mereka. Lantaran mereka juga manusia.
Saya cukup bersyukur kerana pernah punya barisan guru yang sentiasa memberi ruang untuk saya bernafas; membina kekuatan dalam diri dan memupuk kekuatan yang saya sendiri tidak tahu saya miliki. Saya cukup berterima kasih kepada semua guru saya baik yang masih hidup atau yang telah pergi – Cikgu Raja, Cikgu Yusof, Cikgu Khairi (saya sering membonceng basikalnya ke sekolah atau balik dari sekolah), Cikgu Md. Noor, Cikgu Hajar, Cikgu Mariam, Cikgu Asma, Cikgu Jalil,Cikgu Kornain dan banyak lagi yang tidak mampu disebutkan namanya disini. Terima kasih cikgu. Namun.., akan adakah cikgu-cikgu yang sentiasa prihatin dan bersuara lunak tanpa menguris hati ketika berhadapan dengan pelajar dhaif seperti kami???

2 ulasan:

  1. Entry ini membuatkan saya menangis

    BalasPadam
  2. Ini secebis kisah kehidupan yang benar. Akhirnya pelajar tersebut dan adiknya diterima tinggal di asrama. Suatu usaha yang membuat saya dapat bernafas lega!! Alhamdulillah

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...