Isnin, 4 April 2011

SEMINAR IPT 2011

Selesai sudah majlis perkongsian ilmu berkaitan kemasukan pelajar ke IPT bagi tahun2011. Terasa kami orang-orang yang rugi kerana diberi kesempatan yang akhir mennerima maklumat untuk disebar luas kepada seluruh warga pelajar. Bila saja sampai ke SMKSB tentunya tarikh akhir pemilihan ke ipt susuh pun ternoktah. Bagaimanakah maklumat yang begitu banyak di bahu ini perlu digalas untuk disampaikan kepada mereka pada saat ini?

Barangkali saya bukanlah keseorangan yang berasa begitu bersalah. Kasihan anak didik yang tentunya punya keinginan dan harapan cukup tinggi untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Namin, bagaimana mereka boleh diberi bantuan?

Cuma satu sahaja yang mampu saya lakukan selepas ini, menyediakan sebanyak mungkin maklumat kepada pelajar yang masih ada di tingkatan 4 dan 5 serta yang lain-lain agar sentiasa peka. Bersedia dengan perubahan dan belajar menghadapi pelbagai bentuk kemungkinan berlaku dalam dunia perubahan global. Saya tidak mahu terus merasa bersalah andai peluang dan ruang untuk mereka tidak dibuka selebar-lebarnya selepas ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...