Rabu, 6 April 2011

Kita Mencipta Sejarah Kita Sendiri

Tanggal 23 Mac 2011 sudah lama berlalu. Barangkali kerana keterbatasan masa, saya tidak pernah berkesempatan menulis tentang keputusan SPM 2010 di ruangan ini. Banyak sebenarnya yang ingin saya kongsi. Bermula dengan STPM dan kemudian diikuti SPM. Namun, kekangan masa sering kali membatasi saya.

Entah. Kadangkala, saya rasa berada dalam satu zon yang berbeza. Mungkin saya tidak melihat kepada ramainya pelajar yang mendapat street A dalam SPM tetapi saya melihat kepada berapa ramai anak-anak saya (yang sering datang berkongsi suka duka di bilik saya; menyebamkan muka di riba saya; bertanya mengapa dan sebagainya) mendappat keputusan baik dalam SPM 2010. Itu sudah cukup membahagiakan.

Bagi saya setiap kita berhak dan mampu membina sejarah diri kita sendiri. Terpulang kita untuk mencipta sejarah yang bagaimana. Biar berjuta orang meletakkan seribu persepsi namun kita mesti utuh dengan jati diri sendiri. Bangun untuk diri. Buktikan bahawa kita juga mampu memberi satu kejutan untuk orang lain. Dan inilah yang telah berjaya ditunjukkan oleh ramai calon SPM 2010 SMKSB.

Saya sentiasa berkeyakinan bahawa di hadapan setiap pelajar saya masih terbentang luas hamparan untuk menuju ke puncak kecemerlangan. Pasti, sejarah akan tercipta untuk kesekian kalinya. Saya pasti menunggu saat itu!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...