Khamis, 9 April 2015

PONTENG



Ponteng bermaksud lari dari tugas atau tanggungjawab tanpa kebenaran.  Dalam konteks pelajar, ponteng ialah lari dari kelas atau aktiviti kokurikulum sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

PUNCA PONTENG

Sikap Negatif
Punca utama ponteng datang daripada sikap negative individu sendiri seperti malas, rasa rendah diri, tidak bermotivasi, rasa dipencilkan oleh kawan-kawan, kekurang tenaga atau zat makanan dan kerana kesihatan terganggu.  Ada di antara murid yang ponteng ini terlibat dengan pelbagai aktiviti nakal dan pra-jenayah, sering terpengaruh dengan kawan-kawan, merokok dan menghisap dadah, kerap mengakses bahan lucah, kegilaan melampau terhadap muzik dan sering melakukan aktiviti lain yang lebih menyeronokkan.

Keluarga
Sebahagian gejala ponteng pula disebabkan pengaruh dalam kalangan keluarga seperti tiada galakan daripada keluarga, sikap tidak ambil peduli, tidak memantau perkembangan pembelajaran anak-anak, keluarga berhadapan dengan permasalahan seperti perkelahian dan penceraian, kemiskinan tegar atau ada yang terlalu mewah dengan wang yang ditaburkan oleh ibu bapa.


Fobia Kepada Guru Atau Sekolah
Selain itu, factor fobia terhadap guru atau sekolah juga menjadi factor mengapa pelajar suka ponteng.  Antaranya fobia takut iaitu murid takutkan guru kerana sikap guru yang garang, kerja sekolah tidak siap, pakain seragam tidak lengkap, buku dan peralatan sekolah tidak lengkap, dibuli senior atau takut sampai lewat.  Selain fobia takut ada juga murid-murid yang fobia pembelajaran kerana ketinggalan dalam pelajaran,  ‘day dreaming’ dalam kelas, tidak minat atau bosan untuk belajar, tiada kemampuan membeli buku dan peralatan belajar serta mata pelajaran sukar.

KESAN PONTENG
Masalah ponteng ini jika dibiarkan akan merebak seperti barah baik kepada diri murid, ibu bapa, guru dan sekolah, masyarakat, kerjaya, Negara dan juga agama.  Sehubungan itu, masalah ponteng perlu ditangani dengan bijaksana oleh ibu bapa dan para guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...