Khamis, 16 April 2015

MEMBUAT KEPUTUSAN



Membuat keputusan merupakan satu cabaran kerana mungkin akan menimbulkan kesan yang baik atau buruk, malah mungkin menimbulkan perkara yang tidak terlintas langsung di fikiran. Kematangan dan kebijaksanaan seseorang boleh dilihat daripada cara dia membuat keputusan. Terdapat keputusan yang boleh dibuat dengan serta-merta dan ada pula yang mengambil masa untuk difikirkan terlebih dahulu. Keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa adakalanya tidak membawa faedah, malah lebih teruk jika menimbulkan pelbagai perkara buruk. Maka, kita haruslah memahirkan diri terlebih dahulu dengan cara-cara membuat keputusan yang betul.

1. Tenangkan fikiran
Apabila di dalam kebuntuan untuk membuat keputusan, elakkan rasa tertekan dan yakinkan diri  bahawa anda dapat membuat keputusan yang terbaik. Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Sebaliknya, cuba duduk, tarik nafas panjang ataupun ambil wuduk dan menunaikan solat sunat. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal pasti masalah sebenar
Setelah fikiran tenang, fikirkan semula perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali..  Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesan-kesannya. Jika i pertama kali, fikirkan perkara itu dengan teliti.

3. Kenal pasti pilihan
Fikirkan semua pilihan-pilihan yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat. Untuk membuat keputusan yang amat penting dan besar, sebaiknya sediakan kertas untuk mencatat pilihan-pilihan yang ada.

4. Kaji baik buruk pilihan
Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti.  Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu yang diambil.

5. Buat pilihan terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik iaitu yang paling banyak positif daripada negatif. Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan. Tabahkan diri dan percaya bahawa keputusan itulah yang terbaik.

6. Tegas dengan keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa, malah lebih yakin dengan diri sendiri.

7. Nilai semula

Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan-kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...