Khamis, 16 April 2015

Mengatasi Tekanan



Di dalam dunia yang serba pantas dan mencabar, manusia secara tidak langsung telah didorong untuk bekerja dengan lebih kuat agar lebih produktif, kompetitif, dan sentiasa maju ke hadapan. Begitu juga dunia pendidikan di mana remaja semakin ditekan oleh ibu bapa, guru, rakan sebaya dan kelompok masyarakat yang menaruh pengharapan yang amat tinggi agar mereka meraih kecemerlangan di dalam akademik. Ini membawa kepada masalah tekanan  di kalangan remaja. Antara kesan negatif masalah ini ialah mereka akan merasa rendah diri, tidak bersemangat, mudah dirundung gelisah, kesedihan dan mengalami kelesuan.   Terdapat beberapa cara untuk mengatasi tekanan.  Antaranya ialah;

1.   Bersikap realistik terhadap pekerjaan/tanggungjawab anda
-   Akui kekuatan dan kelemahan diri.
-   Sentiasa berfikiran positif.
-   Cuba melakukan yang terbaik di dalam pekerjaan.
-   Memupuk sikap seronok bekerja/belajar.

2.   Merancang kerja anda
-    Kendali masa anda dengan bijak.
-    Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh.
-    Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja rumah 
     adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja rumah anda
     pada masa lapang di sekolah.
-    Mengagihkan kerja dengan baik.

3.   Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah
-    Lihat masalah dengan rasional dan rancang penyelesaian secara sistematik.
-    Senaraikan semua masalah mengikut keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya.
-    Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian.
-    Ambil tindakan secara wajar.

4.   Menerima sebarang perubahan dengan sikap dan tingkah laku yang wajar
-     Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku.
-     Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar  
       kawalan anda.
-     Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar.

5.   Amalkan komunikasi yang berkesan
-    Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap agresif.
-    Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas.
-    Hormatilah pandangan rakan anda.

6.    Semaikan semangat bermasyarakat
-    Jalankan persahabatan dengan rakan-rakan anda.
-    Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu anda menangani sebarang
      masalah.
-    Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia mendengar dan boleh mempercayai.
-    Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.

7.   Amalkan cara hidup sihat
-    Luangkan masa untuk berehat dan bertenang.
-    Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi.
-    Jangan merokok, jauhi diri dari arak dan dadah.
-    Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...