Isnin, 22 April 2013

TULISAN DAN PERSONALITI



Pernahkah kita meneliti tulisan rakan-rakan kita?  Jika kita perhatikan, setiap di antara rakan-rakan kita mempunyai pelbagai bentuk tulisan yang berbeza antara satu sama lain.  Ada yang menulis tegak, condong, bersambung-sambung, bulat-bulat dan sebagainya.  Tulisan setiap orang adalah berbeza-beza meskipun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain.  Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan didapati melalui tulisan  kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Walau bagaimanapun,  tulisan tersebut mestilah ditulis dalam keadaan tenang dan bukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana ini tidak membantu kita mengenali individu tersebut. 







Tulisan Berubah-Ubah - Orang mempunyai tulisan berubah-ubah bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personality diri serta bersikap individual.  Lebih mudah berubah fikiran dan keputusan mereka boleh dipengaruhi orang lain.  Bagi orang yang tidak berubah bentuk tulisannya sejak dari dahulu menandakan dia seorang yang sukar berubah, tetap pendirian dan lebih bersikap tegas.



Tulisan Tegak - Individu yang tulisannya tegak sahaja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan.  Orang yang mempunyai tulisan sebegini juga mampu membuat keputusan yang wajar dan tepat.



Tulisan Condong Ke Kanan -  Bersikap terbuka dalam pergaulan, memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukan, kurang keyakinan serta mudah berasa bosan.



Tulisan Condong Ke Kiri - Merupakan seorang yang sensitive, amat berhati-hati dalam setiap perbuatan namun merupakan seorang yang sangat setia dalam perhubungan dan persahabatan.



Tulisan Yang Bersaiz Besar - Menunjukkan sikap kurang matang dan mahu orang mengikut caranya sehingga menimbulkan perselisihan dengan orang sekeliling.  Bangga dan gembira jika ada yang memandang tinggi kepada keupayaan dirinya.



Tulisan Yang Bersaiz Kecil - Menandakan orang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik namun bersikap sensitive dan jiwanya mudah tersentuh.



Tulisan Semakin Lama Semakin Besar  - Menandakan seorang yang berfikiran terbuka tetapi kurang berhati-hati dalam sesuatu tindakan.



Tulisan Yang Semakin Kecil - Merupakan seorang yang cukup berhati-hati dan suka menyimpan rahsia namun ada ketikanya suka berbohong untuk menuutup kesalahan diri.



            Secara kesimpulannya, pendapat ahli-ahli psikologi ini mampu membantu kita mengenali orang-orang yang signifikin dengan kita dalam membina perhubungan yang mesra dan sihat.  Walau bagaimana pun, terdapat pelbagai pendekatan lain yang membolehkan kita mengenali personaliti  seseorang jika kita mahu berbuat demikian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...