Selasa, 23 April 2013

MENANGANI GANGGUAN EMOSI REMAJA



Perubahan fizikal, emosi dan sosial pada zaman remaja boleh memberi kesan terhadap kesihatan mental. Golongan ini sering menghadapi pelbagai masalah yang membebankan diri mereka seperti keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri. Malah, mereka juga sering disalahertikan dan dipersalahkan. Selain itu, mereka juga merasa diri dilayan secara tidak adil, kesunyian, sukar memahami emosi dan sukar membuat keputusan. Bagaimanapun, kesemua masalah ini boleh ditangani dengan baik. Sebaik-baiknya, remaja dinasihatkan supaya menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan membina hubungan mesra dengan orang lain. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh mengurangkan masalah dan tekanan mental yang dihadapi mereka.


Berikut merupakan beberapa kaedah atau alternatif terbaik untuk menjalinkan hubungan yang rapat  antara remaja dengan ibu bapa
a. Menghormati dan sedia menerima tunjuk ajar dan teguran mereka.
b. Membincangkan masalah dengan mereka.
c. Meluahkan perasaan dan pendapat secara terus terang.
d. Tunjukkan kasih sayang melalui kata-kata dan perbuatan.
e. Cuba memahami masalah dan beban ibu bapa.
f.   Meraikan hari jadi mereka.

Pada masa yang sama, remaja yang sering mengalami tekanan emosi boleh melakukan beberapa kaedah seperti;
a. Menarik nafas sedalam-dalamnya.
b. Beredar dari suasana tegang (jika perlu).
c. Berfikir sebelum bertindak.

Selain itu para remaja juga boleh bertanya diri sendiri dengan soalan-soalan seperti:
a. Mengapa ia berlaku.
b. Puncanya.
c. Perkara yang telah anda lakukan.

Semoga saranan dan perkongsian idea ini akan mampu membantu ibu bapa dan orang-orang terdekat mengenali remaja secara lebih dekat dan remaja sendiri memuhasabah diri sendiri.  Moga anda berada di puncak kejayaan yang sebenar.

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...