Isnin, 22 April 2013

HIDUPKAN SEL OTAK KANAN



Hampir semua mata pelajaran di sekolah merangsang penggunaan otak kiri dalam mempelajarinya. Apabila seseorang murid cuba memahami bagaimana sesuatu formula matematik itu digunakan dalam menyelesaikan satu-satu masalah, dia sedang menggunakan seluruh otak kirinya. Begitu juga apabila dia diminta untuk menghafal fakta-fakta sejarah  serta tahun-tahun kejadian, diajar tentang haiwan, tumbuhan dan proses kitaran dalam matapelajaran sains, dia juga menggunakan seluruh potensi otak kirinya.  
Jadi bilakah mereka ini akan menggunakan otak kanan mereka? Jawapannya mungkin tiada atau mungkin 10%, iaitu dalam matapelajaran berteraskan seni, ko-kurikulum dan kemahiran hidup. Peratusan yang amat rendah itu memungkinkan sel-sel neuron otak kanan semakin tertidur ( tidak aktif ) dan akhirnya mati.
Otak Kiri
Penyelidikan saintis mendapati otak kiri bertugas dalam mengingati ilmu, data dan fakta: menggunakan fikiran logik, bahasa, matematik, menganalisis, berfikir mengikut urutan dan lain-lain kegiatan yang berbentuk akademik.
Otak Kanan
Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.
Sebagaimana tangan harus digunakan kedua-duanya untuk mendapat gerak laku yang terbaik, demikian juga otak. Kita diberikan dua telinga untuk menyeimbangkan pendengaran, diberi dua mata untuk lebih fokus, diberikan dua kaki utnuk lebih pantas, kita juga diberikan dua otak untuk lebih berfungsi sebagai insan yang stabil, pintar dan seimbang.
Penggunaan otak yang tidak seimbang akibat pembelajaran mata pelajran yang tidak seimbang akan mengakibatkan lahirnya manusia yang tempang. Faktor ini mengakibatkan ramai manusia tidak dapat mengecapi keistimewaan yang dinikmati oleh individu – individu yang menggunakan otak kanan secara luas dan kerap.
Bagaimana untuk mengaktifkan otak kanan?
Perbanyakkan melakukan aktiviti yang menggabungkan potensi penglihatan, gerakan jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran.
1. Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan sekeliling.
2. Memberi saranan kepada diri sendiri ataupun bermonolog.
3. Banyakkan mencuba sesuatu yang berhalangan seperti ekspedisi, mengembara, bermain game computer dan aktiviti-aktiviti lasak.
4. Sertai seminar, forum, pameran, ekspo dan cari peluang agar suara anda didengar.
5. Menatap, merenung dan membaca Al-Quran.
6. Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun literal.
7. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan dan merasa secara imaginasi.
8. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
9. Bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...