Rabu, 28 Disember 2011

SEPETANG TIKA MEENZIRAHI SEORANG SAHABAT

Saya bermalas-malas di atas katil sebaik pulang dari sekolah petang tadi. Ambil seminit-dua membelek majalah Al-Islam bulan Disember. Hati tertarik membaca beberapa artikel termasuk pandangan Dr. Azizan Osman dan Ketua Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah KUIS, Pn. Sahlawati Abu Bakar berhubung “Istighfar dan Rezeki”. Sedang berenaak-enak anak bongsu saya menghulurkan telefon. “Mak.., ada telefon. Jawab jer..adik daah tekan,” katanya. Terpinga-pingaa sayaa menjawab. Rupa-rupanyaa dari seorang sahabat mengajak saya menziarahi seorang sahaabat yang terlantar sakit – kanser!


Tidak segera menjawab, saya menghubungi suami minta kebenaran sebelum pergi. Sebaik mendapat persetujun, saya segera masuk ke bilik air. Cuci muka serba sedikit dan terus berpakaian. Tepat 4.46 ptg, sahabat saya itu sudah berada di hadapan rumah. Kami bertiga mengambil kesempatan menziarahi teman yang sudah berbulan terlantar kesakitan.


Sedihnya apabila melihat sekujur tubuh yang dulunya ceria. Tiada apaa yang tinggal – rambutnya bagai belajar untuk tumbuh, badannya kurus melidi. Di atas meja ada mangkuk berisi ‘moi’ yang tidak habis di makan. Ada segelas – juga masih berbaki dengan air. Seorang anak perempuan berusia 11 tahun sedang bermain ‘laptop’ sambil menunggu siibu berbaring di katil. Masa mainnya dihabiskan di hadapan si ibu – menunggu dan menunggu, bergilir kadang-kala dengan si adik yang baru 6 tahun usianya.


Sebaik menerima salam kami, sahabat saya yang terlantar itu menggagahkan diri untuk bangun- walaupun ditegah berkali-kalinya. Barangkali seronok dengan kehadiran kami yang tentunya tidak terduga. Melihat wajahnya hati rasa begitu sedih. Yalah, biasanya dia akan bergelak ketawa,bercerita dengan gayanya. Tapi hari ini di hadapan kami orangnya begitu berbeza- hanya sesekali mencelah dan menjawab jika ditanya. Seri pada wajah itu sudah hilang, malah kekuatannya juga makin terpadam.


Saya tidak tahu bagaimana untuk ‘mendetailkan’ keadaannya di sini. Cuma naluri seorang sahabat bagai dapay merasakan kesakitan yang ditanggungnya sepanjang tempoh itu. Moga Allah SWT akan terus menganugerahkannya kekuatan – untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang dan kita tidak pasti bagaimana pula akan ‘diuji’Nya suatu ketika nanti. Moga sahabat saya akan cepat sembuh dan kembali seperti asalnya!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...