Rabu, 28 Disember 2011

SEKOLAH PENYAYANG

Sekolah Penyayang jika diperkasakan mampu menjadi satu pendekatan berkesan untuk membendung masalah sosial murid dan menangani gejala ponteng sekolah. Sebagaimana diketahui umum, kes pelanggaran disiplin di sekolah biasanya berkisar dari masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid. Oleh itu, satu mekanisma efektif mesti diambil untuk menarik kembali para murid agar mereka sentiasa seronok, suka dan sayang untuk meninggalkan kawasan sekolah serta tertunggu-tunggu untuk datang semula esoknya.
Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku
.

Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu;
i. Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.
ii. Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi.

iii Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang ‘caring’ terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek.
iv Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah.
v Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
vi Mampu melahirkan guru-guru yang “first in, last out” di sekolah-sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...