Sabtu, 24 Disember 2011

FATIN NAIMAH DAN PMR 2011

TAHNIAH ANAKKU FATIN DAN SELURUH WARGA SMKSDO SERTA SMKSB


Debaran makin terasa. Bukan setakat Fatin Naimah yang bakal mengambil resultnya malahan juga adiknya Farah Izzati turut merasakan debaran tersebut. Kakaknya Farhana yang berada di MMU Cyberjaya turut menambah keresahan dalam jiwa. Begitu juga dengan puteri Saleha yang berada di UiTM Seri Iskandar. Masing-masing meluahkan rasa debar yang makin meningkat sedangkan jam terus bergerak melepasi angka sepuluh. Suamiku pula masih kalut di pejabat – banyak yang perlu dilunasi setelah lebih seminggu berkursus dan bercuti.


Talian SMS 15888 kebetulan tidak membantu apa-apa. Tiga kali percubaan masih tidak berjawab. Entah di mana pula silapnya. Barangkali begitu ramai yang menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga tidak berupaya melayani semua permintaan.


“Marzida 8A. Shida dengan Hanna 6A”… Fatin memberitahuku keputusan kawan-kawan baiknya yang sudah mendapatkan result mereka di sekolah. Suamiku balik dan kami tidak tahu bila sudah berada di perut kereta. Perjalanan ke SMKSDO terasa begitu lambat walaupun jaraknya 5km cuma. Suasana di SMKSDO tenang – tidak semeriah sekolahku SMKSB. Yalah, kata orang lain padang lain belalang! “Biarlah Lang seorang yang ambik. Mak tunggu dalam kereta jer lah…” Namun anakku Farah tidak mengendahkan larangan kakaknya. Dia yang terlebih excited. Berjalan sama laju dengan kakaknya ke dewan SMKSDO.


Aku mengekori perlahan dari belakang. Mengikut langkah kedua-dua anakku yang semakin cepat di hadapan. Fatin segera ke meja guru tingkatannya. Slip keputusan dipegang dan aku yang berada di sebelahnya segera memeluk dan mencium puteriku itu. “Alhamdulillah!” hanya itu yang mampu aku lafazkan. Segera tangan mendail telefon suami yang masih di kereta. “Bang, 9A bang, Fatin dapat 9A”. “Alhamdulillah. Alhamdulillah.” Berkali-kali suamiku melafazkan rasa syukur dan aku merasakan ada getaran sebak di hujung talian.


Sebenarnya aku ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua teman-rakan juga guru-guru yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan puteriku Fatin Naimah. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan Guru-guru Tingkatan 3 SMKSDO. Juga terima kasih kepada Pengetua dan teman-teman guru di SMKSB kerana member kebenaran unutk anakku menyertai kelas tambahan setiap kali cuti. Aku tidak dapat menggambarkan bagaimana jika kesemua guru dari keddua-dua sekolah ini tidak turut serta membantu aku yang cukup dhaif. Terima kasih, hanya allah SWT sahaja yang dapat membalas setiap budi baik teman-rakan. Dan yang sepatutnya menerima ucapan tahniah adalah kalian!! Tahniah! Tahniah! Jasamu pasti dikenang selagi hayat dikandung badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...