Jumaat, 23 Disember 2011

PMR, WARIS DAN SMKSB

Seronok sebenarnya melihat gelagat ibu bapa dan pelajar yang berpusu-pusu datang ke sekolah. Kenderaan para waris berderet sepanjang jalan dari luar pagar sehingga ke dewan besar sekolah. Ramainya waris macam SMKSB sedang mengadakan kenduri besar menyambut menantu pula. Di bawah Anjung Petah Bicara pula berbeza keadaannya. Semua orang bagai tidak sabar menanti nama demi nama pelajar yang mendapat straight A’s dipanggil pengacara – Pn. Wan Farahuna.


Pelbagai gelagat pelajar dapat disaksikan. Bukan sahaja pelajar malahan ibu bapa dan waris yang sejak tadi sabar menunggu 91 nama pelajar dipanggil satu-satu. Peneraju utama sekolah Pn. Hjh. Rahinun Mohd. Noor jika boleh ‘dibeli’ senyumannya hari ini – harganya tentulah yang paling mahal. Manakan tidak; itulah senyuman penuh kepuasan dari segala titik peluh seluruh warga sekolah sepanjang tahun 2011!


Jikalah saya berkesempatan menerokai hati para guru SMKSB saat ini – pasti hati-hati itu sedang berlagu riang. Menyanyikan gurindam penuh kesyukuran. Seronoknya melihat wajah-wajah setiap yang ada di bawah Anjung Petah Bicara – ada yang tersenyum, mulut becok bercakap-cakap, berpelukan malahan terlihat juga mata-mata yang berkaca. Dari celah-celah kesibukan itu saya bagai dapat merasakan tidak ada wajah yang tidak diundang kegembiraan; tiada. Yang ada cuma kegembiraan.


Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh guru dan pelajar Tingkatan Tiga 2011 kerana usaha mereka yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Terutama guru yang kadang-kala memberikan komitmen cukup besar kepada anak didik mereka melebihi anak-anak sendiri. Cukup besar pengorbanan mereka itu yang jika diukur tidak ada tahap nilainya. Bangga saya menjadi warga SMKSB. Tahniah guru-guru dan pelajar-pelajar. Tahniah Puan Pengetua. Dan rasanya tahun hadapan SMKSB akan terus ‘diintai’ waris-waris untuk anak mereka!! Tahniah.

2 ulasan:

  1. berape org straight a's pmr taun ni cikgu?

    BalasPadam
  2. oh okay,saya baca x abeh td.91 of them got straight a's.congrats.proud to be ex-bahiyah.hehe

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...