Jumaat, 9 Disember 2011

KENALI GENERASI Y

Kebelakangan ini kerapkali saya ditanya berkaitan Generasi Y. Ada yang ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan generasi Y walaupun isu ini bukanlah sesuatu yang baru. Secara mudah saya beranggapan masih ramai yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan generasi y meskipun saban hari berhubung secara langsung dengan kelompok ini.

Berbicara tentang generasi Y ramai yang bertanya siapa mereka, bagaimana ciri-ciri mereka dan adakah generasi ini lebih baik daripada yang ada. Sebenarnya generasi apa pun hanyalah nama yang bertujuan membezakan beberapa kelompok manusia yang dilahirkan dalam lingkungan tahun tertentu. Saya sukaa merumuskan kelompok ini kepada 4 golongan berdasarkaan pemahaman saya dari bahan-bahan baacaan.

1. Generasi Baby Bloom - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1946 - 1964
2. Generasi X - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1965 - 1980
3. Generasi Y - kelompok insan yang dilahirkan antara tahun 1980 - 2000
4. Generasi Platinum - kelompok insan yang lahir dari tahun 2000 dan ke atas

Secara tidak langsung saya melihat generasi Y adalah generasi remaja masa kini yang lahir ketika dunia kaya dengan ledakan maklumat, komputer malahan serba canggih dan serba cepat. Geenerasi ini membesar dan dibesarkan dalam suasana yaang pastinya amat berbezaa dengan generasi Baby Bloom dan juga generasi X. Apa yang pasti perbezaan ini juga menyebabkaan kita perlu mendekati golongan ini dengan saatu pendekataan yang jauh berbeza.

Terdapat beberapa ciri generasi Y yang boleh dikenalpasti. Antara lain generasi ini mempunyai keinginan untuk bersuara secara bebas termasuk ketika membuat pilihan, mereka juga lebih senang kepada keterbukaan, lebih cenderung kepada membina hubungan di antara satu sama lain dan mudah membina hubungan walau pun dengan orang yang baru dikenali, interaktif serta inginkan sesuatu secara pantas. Mereka juga tidak suka dikongkong dan suka membuat sesuatu untuk mendapatkan keputusan (lebih senang kepada inkuari penemuan).

Generasi Y sentiasa menjadikan gadjet-gedjet iaitu komputer dan handphone sebagai suatu keperluan dan amat penting yang sebelum ini tidak pernah terfikir oleh generasi X dan baby bloom. Ini kerana mereka adalah generasi yang melakukan perubahan melalui kehidupan dalam dunia tanpa sempadan termasuk persekitrannya.


Cuma apa yang dibimbangi sekiranya generasi Y ini akan terus tenggelam kerana leka hiburan, kerana mereka terlalu baanyak disogokkan dengan hiburan seperti mana yang diinginkan oleh golongan kapitalis.




3 ulasan:

  1. Satu istilah yang boleh juga di kaitkan dengan generasi ini ialah Screenages instead of teenages

    BalasPadam
  2. ya betul ckp anda..akhlak gen. y agak membimbangkan dunia pd masa kini..apa yg merisaukan, tanpa bimbingkan senior2, spt gen.x ..mereka mungkin hanyut..bertmbah teruk dunia skrg disorok kn dengan pelbagai hiburan teknology konon dikatakan membantu..hakikatnya gen. y yg akan memimpin dunia dgn cemerlang agak tipis kerna soal pendidikan dan agama ada yg menolak ketepi..macam mana nasib golongan platinium yg dihasil drp gen. x dan gen. y..

    BalasPadam
  3. Semaikan pendidikan agama dan budaya ilmu di rumah sedari kecil.InsyaAllah semuanya akan Okey.

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...