Selasa, 27 September 2011

KASIH SAYANG

Sebenarnya saya cukup terkedu. Terkedu apabila ditanya begitu. Tambahan oleh seorang peserta bukan Melayu.

“Cikgu , bekas pengetua kami dah mati?” katanya dalam loghat Cina yang pekat. Ketika itu saya sedang mengendalikan sesi kelompok pertama dengan group itu. “Sapa?” Tanya saya mintak kepastian walau pun saya boleh mengagak siapa berdasarkan ‘nametag’ yang dipakai. “Cikgu Zul…” jawapnya perlahan. Dan aku lihat riak mukaya sedikit berubah.

“Ooo…, bila?” saya pura-pura tidak tahu walaupun cerita kematian cikgu Zul telah diberitahu oleh sahabat saya pada hari yang sama. “Minggu lepas…Siapa nak jaga bunga matahari lepas ni?” jawap dan tanyanya kembali. Dan saya tidak tahu kenapa pelajar cina itu tiba-tiba mengesat matanya. Kesedihan jelas terbayang di wajah pelajar itu.

Sebenarnya saya kurang mengenali arwah Cikgu Zul. Cuma sesekali apabila ada program di sekolahnya, saya akan bertemu muka dengan beliau. Orangnya peramah, mudah mesra. Dan terasa begitu dekat walaupun Cuma sekali berjumpa. Memang ada banyak pokok matahari yang ditanam di hadapan pejabatnya. Cantik! Segar! Itulah yang istimewa.

Cerita Cikgu Zul, rupanya tidak ternoktah di situ. Sebaik di meja makan, ada teman yang membawa cerita juga tentang arwah. Bagaimana seluruh warga sekolah menangisi kepergiaan beliau. Malah warga sekolah lain (di mana beliau pernah berkhidmat) turut merasai kehilangannya. Saya cukup tertarik untukmengetahui cerita beliau. Siapa Cikgu Zul di mata para pelajar malahan staf-staf di bawah pimpinannya. Mengapa Cikgu Zul begitu disenangi termasuk pelajar dan staf bukan melayu. Bagaimana pendekatan beliau sehingga ada pelajar dan staf yang masih sebak meskipun sudah lebih seminggu beliau meninggalkan alam fana ini.

Berbual dan bersembang dengan orang-orang yang sinonim dengan arwah – saya sedar bahawa dalam diri arwah penuh dengan pendekatan kasih sayang. Barangkali melimpah ruah. Berbincang dan bermuzakarah. Laksana sebuah rumah. Sehingga kesemua pokok kasih sayang yang ditanamnya tumbuh begitu subur. Dan kerana itulah, kehilangannya begitu besar ertinya bagi setiap orang yang mengenalinya. Lalu terfikir dibenak saya – akan lahirkah lagi Cikgu Zul yang kedua? Atau mungkinkah ada sedikit semangat Cikgu Zul akan mengalir dalam diri cikgu-cikgu yang lain nanti???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...