Selasa, 20 September 2011

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi

BUAT SEMUA PELAJAR DAN ANAK-ANAK YANG BERGELAR PELAJAR.

FAHAMI DENGAN BETUL, AGAR ANDA MENDAPAT MANAFAAT.

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat..

1 ulasan:

  1. Jah, entah kenapa tiba-tiba masyarakat kita sudah jadi budaya berjaga hingga larut malam. Saya rasa ini bermula dengan pesta bola di barat. Untuk memeriahkan lagi pesta bola maka tumbuh pula kedai mamak dengan skrin besar, yang memeriahkan bukan saja perlawanan bola tapi juga perniagaan di kedai mamak. Maka masyarakat kita pun mengalami perubahan norma kehidupan. Malam berjaga hingga ke larut malam. Tak tau lah ....

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...