Jumaat, 1 Julai 2011

MENGURUS MASA BELAJAR

Pelajar perlulah bijak menguruskan masa mereka agar dapat diseimbangkan antara aktiviti mengulangkaji dengan aktiviti-aktiviti lain. Kegagalan mengurus dan mengatur masa dengan berkesan antara faktor kegagalan dalam pelajaran. Sebagai pelajar,anda mestilah:

1. Pastikan waktu mgulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5-7 jam sehari. Jangan pula salah faham,maksud 5-7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu Subuh, 2 jam di waktu petang & 3 jam di waktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari.

2. Tahap konsentrasi @ tumpuan belajar adalah berbeza.Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam & ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit.Jangan paksa diri anda.Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu,ambillah rehat seketika.iaitu lebih kurang 5 mint. Selepas itu, sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah anda pelajari sebelumnya.

3. Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti bela
jar supaya anda tidak jemu. Selang-selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda @ peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah & sebagainya.

4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu dan anda mampu menghabiskannya dalam masa yang telah ditetapkan. Misalnya,meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa satu jam adalah tidak realistik. Sebaliknya,matlamat untuk menghabiskan & memahami 20 muka surat lebih munasabah & boleh dicapai.

5. Sediakan jadual belajar @ perancangan mingguan tentang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa benyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.

6. Sediakan senarai tugas harian ( “TO DO”lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan & kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan.


1 ulasan:

  1. Salam Jah, budak-budak kita kalau masa periksa tak panggung kepala, sangat tekun, lepas tu relaks, dekat nak periksa pulun lagi, kalaulah sepanjanag masa mereka sangat tekun mesti depa ramai yang dapat straight A's. Marilah kita sama-sama berdoa mereka semua nampak apa yang kita nampak

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...