Sabtu, 2 Julai 2011

1Murid 1Sukan 1 Malaysia (Tahniah Warga Bahiyah)

2 Julai, seperti sekolah-sekolah lain di Malaysia; warga SMKSB turut turun padang menjayakan program Larian Serentak 1M 1S 1 Malaysia pagi ini seawal 7.00 pagi perkarangan sekolah. seluruh warga sekolah dari Puan Pengetua termasuk YDP PIBG turut bersama-sama pelajar dan guru menjayakan program yang dijalankan serentak di selurh negara.

Di SMKSB selain larian sejauh 1.5km, turut diadakan sukaneka dan acara padang lain seperti pertandingan bola tampar dan juga golf. Walaupun nampak sedikit namun agak meriah dan ramai murid melibatkan diri dalam acara yang diadakan. Secara tidak langsung tujuan Dasar 1M 1S diadakan iaitu mengeratkan hubungan antara pelajar, meningkatkan kesefahaman dan mewujudkan semangat "esprit de corp" telah berjaya dilakukan walaupun dalam masa yang agak singkat.

Tahniah SMK Sultanah Bahiyah!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...