Khamis, 12 Mei 2011

SORRY!! ATAU MAAF

Pernahkah anda mengungkapkan kata ‘Maaf” atau “Sorry” apabila telah melakukan kesilapan? Mudah atau pun susah untuk anda melafazkan kata-kata tersebut? Apa yang anda rasa? Malu? Menyesal? Geram? Atau muka menjadi tebal?

Kata-kata maaf memang mudah untuk dilafaz. Namun,semudah itukah kita mampu memohon maaf daripada seseorang? Mengapakah semua ini boleh berlaku? Banyak sebab mengapa ada orang sukar untuk memohon maaf malah memaafkan orang lain. Antaranya kerana keegoan yang tinggi, merasakan dirinya sentiasa benar dan tidak bersikap terbuka.

Alangkah ruginya sebuah kehidupan andai jalan inilah yang dipilih. Bukan sahaja kehilangan sahabat malah akan kekurangan sahabat. Mengapa tidak dilapangkan dada belajar memaaf dan memohon kemaafan? Kerana jika hari ini kita sukar memaafkan orang lain maka suatu hari nanti kita juga sukar untuk mendapatkan kemaafan.

Sesungguhnya sebagai manusia biasa sememang kita tidak lekang daripada membuat kesalahan. Ubahlah diri jadikanlah diri anda sebagai seorang pemaaf!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...