Khamis, 12 Mei 2011

PENGUCAPAN AWAM

Berdepan dengan pelajar elit seperti di SMKSB tentunya tidak ada masalah. Itu tanggapan umum setiap orang. Pelajar aktif, rajin dan tentunya berkebolehan. Betulkah seperti itu? Persoalannya berapa ramai pelajar SMKB yang bebar-benar boleh berinterksi secara sihat di pentas? Berkomunikasi dengan fasih tanpa tergagap-gagap, tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap? Adakah ramai pelajar yang boleh diiktiraf sebagai pemimpin berketrampilan dan bergaya di depan audien?

Tentunya kita pernah tertarik melihat seorang penjual ubat di kaki-kaki lima begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita. Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Justeru, di SMKSB kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Pelajar-pelajar boleh mengikuti pelbagai latihan pengucapan awam di sekolah seperti pidato, bersyarah, berbahas dan lain-lain. Sekiranya kurang latihan, takut, tiada keyakinan diri meskipun berilmu pengetahuan anda tidak boleh bercakap dengan fasih.

Sebagai sebuah sekolah elit, alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berucap dengan cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang memerlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk melahirkan pemidato yang mantap dan disegani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...