Jumaat, 15 April 2011

Kursus Kepimpinan

Barangkali saya sukar untuk menterjemahkan bagaimana sambutan dan pandangan para pelajar serta waris melalui pengisian program yang dianjur untuk pelajar sejak kebelakangan ini. Bermula dari kursus kepimpinan pengawas fasa 1 dan 2, kemudian kursus PRS Fasa 1, 2 dan 3; dan sekarang Kursus Kepimpinan Pelajar yang akan berlangsung di Pusat Kokurikulum Kem Singkir – bagai satu rempuhan tsunami. Baik pelajar mahu pun para waris; malahan semua warga SMK Sultanah Bahiyah bagai dikejutkan dari satu mimpi yang panjang. Hari-hari saya didatangi malah dihujani pelbagai soalan – malah kadang-kala terasa sukar untuk dijawab bagaimana. Setiap pelajar ingin turut serta, ibu bapa juga mahu anak-anak mereka diberi peluang yang serupa!


Teringat zaman saya menjadi pelajar – aktiviti lasak sebegini yang mengajar erti persahabatan, keakraban, kekitaan, kedewasaan malah kehidupan sering didedahkan dalam aktiviti perkhemahan luar. Keupayaan merentas halangan, memasak dalam perkhemahan luar, menyediakan hidangan malahan sebagainya menjadikan daya tahan dan jati diri cukup utuh. Saya menjadi kuat dengan cara itulah. Sanggup berhadap dengan segala rintangan, berhadap dengan onak dan ranjau, memahami erti kesusahan dan mengenal sebuah kehidupan. Kerana itulah barangkali, begitu ramai pelajar dan waris menjadi tidak keharuan, teruja untuk turut serta.


Berada di bangku sekolah dengan pengisian yang sama – akademik tanpa membawa pelajar membentuk diri kepada spiritual tentunya tidak kemana. Jasad perlu dibaja. Pembajaan jasad bukan semata-mata melahirkan seorang insan robot yang cemerlang akademik semata-mata. Proses pembelajaran tidak semata-mata berlaku di dalam bilik darjah, malahan pembelajaran di luar bilik darjah yang dilaksanakan dalalam suasana lebih santai dan kondusif pastinya memberi impak lebih positif baik kepada pembangunan jasmani mahupun pembangunan rohani pelajar. Sewajarnya seemua waris yang prihatin akan memberi respon agar anak mereka juga turut diberi kesempatan membina jati diri seperti mana rakan-rakan pelajar yang lain.


Soalnya bagaimana semua permintaan itu dapat dipenuhi?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...