Jumaat, 15 April 2011

MENERIMA DAN DITERIMA


'Menerima' barangkali begitu mudah untuk kita menerima orang lain. Baik kehadiran mahu pemberian. Itu pun seandainya kita sering bersangka baik dengan orang di sekeliling kita. Bagaimana pula pula dengan 'diterima'? Adakah anda rasa begitu mudah kita 'diterima' oleh orang lain. Baik diri mahupun pemberian kita. Menerima maksudnya kita yang mendapat sesuatu, manakala diterima membawa pengertian kita memberi sesuatu kepada orang. Kedua-duanya membawa implikasinya yang tentunya berbeza kepada dua indvidu yang berbeza. Jika tidak diterima, sudah pasti impikasi atau impak terlempias sama ada kepada pemberi juga kepada individu kedua. Begitu juga yang sebaliknya.

Demikianlah, suatu kehidupanyang kita nampak mudah dan santai namun impaknya bukan sedikt kepada pembangunan modal insan. Ada insan begitu terluka apabila dirinya tidak diterima orang sekeliling; ada juga orang begitu riak dan takbur kerana menganggap dirinya begitu glamour kerana diterima oleh masyarakat sekeliling. Persoalannya, bukan berapa ramai kita diterima masyarakat tetapi sejauh mana kehadiran kita disedari dan membawa erti kepada keseluruhan pembangunan masyarakat tersebut. Itulah yang utama. Namun, fikirlah sebelum bertindak kerana kuasa kepuasan terletak ditangan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...