Rabu, 20 April 2011

KADANG-KALA SUKAR UNTUK KITA MENCARI JAWAPAN



Mata saya sukar untuk dilelapkan. Hari sudah semakin subuh. Sesekali berbaring; akhirnya saya bangun. Suara sayu anak gadis saya Farhana begitu menghantui saya. Esakannya menjadikan saya sukar untuk lelap. Sepanjang minggu ini sudah 6 berita ‘keguguran’ teman-rakan. Dan malam ini, tidur saya terganggu. Juga kerana ‘keguguran’ seorang lagiinsan. Yang begitu rapat dengan anak gadis saya. Naimah namanya.

Lewat petang tadi, saya di meja komputer. Menyediakan teks ucapan pengacara majlis untuk pelajar ke Kem Kepimpinan di Singkir. Farhana meluahkan hasrat untuk ke KL. Melawat Naimah. Sudah lama Naimah sakit. Dibawa ke KL berubat. Sebab jauh, saya sering sahaja mendiamkan diri. Tapi kaliini, banyak pula soal saya. Merajuk barangkali; akhirnya Farhana melarikan diri ke bilik.

Namun, lewat tengah malam tadi, apabila Farhana menyebamkan muka di riba saya; terasa bersalah!! Sungguh. Rasa sayu mencengkam ke ulu hati. Masih muda anak itu. Baru 18. Namun esok bagaimana?? Saya ada tanggungjawab di sekolah. Pertama; hantar Ina ke Wisma Darul Aman – temuduga. Kedua : hantar pelajar – Kem Kepimpinan Kem Singkir. Ketiga: MMU. Keempat??? Farhana?? Mata saya jadi lebih sukar untuk tidur!!

Kadang-kadang saya jadi lebih tersepit. Dan ayam terus berkokok entah untuk ke berapa kalinya… Persoalannya saya masih belum ada jawapannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...