Khamis, 10 Februari 2011

PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

Hari ini saya diamanahkan mengendalikan slot 'pengucapan awam' sempena kursus kepimpinan pengawas fasa 1 peringkat sekolah. Bersama kira-kira 81 orang pemimpin kecil sekolah yang diamanah mendokong dan menjujung visi dan misi sekolah, tentunya saya sentiasa mengharapkan barisan pemimpin pelajar ini akan mendapat sejuta pengalaman dan pengetahuan dari kursus yang dijalankan.
Bersandarkan harapan yang tidak pernah padam, saya sentiasa berkeyakinan pihak sekolah mampu membantu melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkalibar sekiranya diberi peluang, ruang dan kesempatan. Namun, sepanjang pengendalian slot 'pengucapan awam' saya melihat begitu ramai pelajar yang kurang berkeyakinan dengan diri sendiri untuk bercakap dan berhujah. Bagaimana jika keadaan ini berterusan?
Sepanjang petang, dengan hujan yang turun mencurah, walaupun terasa tidak berkeupayaan 'mendera' para pelajar untuk meneruskan slot latihan dalam kumpulan dengan aktiviti "Sayang Si Buta"; namun aktiviti tersebut tetap diteruskan. Tujuan utama untuk memberi kesempatan kepada semua pengawas merasai nikmat 'hujan' dan nikmat 'mata dipinjam' sekejap. Hasilnya.., aku bangga dengan apa yang mampu dilakukan. Kesungguhan semua menerima pengajaran dalam suasana yang berbeza tentunya akan memberi impak cukup berharga.
Sepanjang berada di SMKSB barangkali inilah detik menggembirakan ramai pelajar. Walaupun dalam masa terbatas, hasilnya membuahkan kegembiraan dan kesan cukup besar. Moga akan lahirlah pemimpin kecil sekolah yang sentiasa memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk terus berdiri menjadi pewaris masa hadapan!!

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam Jah, tahniah kerana berjaya menjalankan aktiviti yang disukai pelajar. Memang mudah belajar sesuatu jika dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan. Marilah kita teruskan perjuangan ini.

    -RAHINUN

    BalasPadam
  3. Terima kasih cikgu kerana sudi membaca coretan saya di blog ini. Sesungguhnya coretan ini merupakan luahan dan gambaran perasaan serta harapan saya kepada seluruh pelajar yg tidak pernah padam. Terima kasih kerana cikgu memberi saya peluang, ruang dan kesempatan. Saya sentiasa bersedia untuk menerima dan diterima dalam ruang litup pemebelajaran.Moga usaha kita akan memberi kesudahan yang baik untuk pembina masa depannegara!!

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...