Selasa, 15 Februari 2011

EMOSI, SUKARKAH DIKAWAL?

Pernahkah kadang-kadang anda tidak dapat mengawal rasa marah? Hingga terkeluar pelbagai bentuk perkataan yang tidak sepatutnya dan bukan melambangkan diri anda? Kita ada ketikanya begitu terkejut apabila berhadapan dengan situasi sebegitu. Sehingga kita biasa mendengar adaorang mengamuk, memukul atau bertindak agresif kepada orang lain kerana emosinya tidak dapat dikawal dengan baik.
Banyak sebab mengapa seseorang tidak dapat mengawal emosinya meskipun dia cuba menjadi sebaik mungkin. Keadaan dan persekitaran kadangkala memaksa individu bertindak di luar kawalan. Punca utama barangkali adalah kerana komunikasi yang tidak berkesan, tingkah laku yang tidak rasional daripada pihak orang lain hingga menimbulkan rasa kurang senang seseorang.
Sebenarnya, jika dikaji dan diteliti tidak ada individu yang ingin bertingkahlaku angresif sehingga menyusahkan orang lain. Kemarahan dan ketidakstabilan emosi akan mengakibatkan individu berasa kurang selesa dalam ruang kehidupan sehariannya. Selain tanggapan orang terhadapnya berubah, individu tersebut juga akan mengalami ketidakselesaan emosi dalam jangkamasa yang panjang. Kemarahan atau ketegangan emosi jika tidak diluahkan dengan cara yang betul akan menyebabkan berlakunya 'unfinishbisnes' antara dua pihak. Ketidakselesaian masalah dengan cara yang sempurna dan lancar akan meninggalkan kesan cukup besar kepada tingkahlaku individu seterusnya.
Sehubungan itu, emosi terutama rasamarah yang melampau sangat perludikawal untuk memastikan kesihatan mental individu berada ditahap palingbaik. Ini perlu terutama untuk mendepani kehidupan dalam arus globalisasi yang semakin mencabar. Belajar-belajarlah mengawal emosi walaupun amat sukar...

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum, tahniah & syabas buat Halijah... teruskan menulis tentang tajuk2 EQ & SQ kerana masyarakat kini terlalu mengejar keduniaan hingga terlupa untuk menjaga kesihatan emosi, mental & spiritual...Cikgu bersyukur & sangat bangga atas kejayaan Halijah kini... teruskan pengajianmu ke peringkat yg lebih tinggi lagi (Masters & seterusnya PhD...)semoga terus berjaya dalam kerjayamu sbg pendidik, Amin.

    BalasPadam
  2. Cikgu Hajar, terima kasih kerana sudi menjejaki,membaca dan seterusnya menulis komentar di ruangan saya.Terharu sungguh atas kesudian cikgu.Moga terus singgah lagi untuk memberi teguran-teguran membina pada masa-masa akan datang. Terima kasih kerana pernah memberi saya ruang untuk berfikir dan seterusnya melangkah ke hadapan. Moga cikgu terus sihat dan bahagia selalu.

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...