Isnin, 21 September 2020

SESEKALI BILA BERBICARA

Sesekali bila berbicara pada angin

Mesranya bagai didakap  ketenangan

Dan hati riang berbisik

pada teman

pada alam

lantaran jiwaku begitu tenteram

hatiku begitu nyaman.


Sesekali bila berbicara pada ombak

Resahnya terasa menghempas  pintu dada

alunnya mengubah  pantai nan setia

namun hati

 kental dan utuh menerima

itulah  cubaan

juga pengajaran bagi sebuah keinsafan

belajar ilmu sebuah kehidupan.


 Sesekali pabila  lelah membalut diri

ambillah ruang dan masamu

Berbicaralah

bukan hanya pada alam; pada insan

malah bicaralah penuh insaf pada Tuhan

kerna Dia tidak pernah lupa memberi

Malah sentiasa mendengar tanpa henti

Dan di sana pasti kita akan temui

janji nan  tertunai

malah ketenangan  yang kita impikan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...