Khamis, 24 September 2020

SENTIASA BERLAPANG DADA

Kita bekerja dengan pelbagai individu setiap hari. Menemui dan sering menyantuni mereka. Dalam pergaulan seharian tersebut pasti kita  biasa mendengar pelbagai keluhan, sungutan atau mungkin cakap-cakap belakang tentang sesuatu perkara. Antaranya mungkin kita biasa mendengar  ungkapan-ungkapan seperti di bawah ini,

1. “Awatla suruh dia? Bukannya dia boleh buat pun”.. 

2. “Hish…, susahlah kalau macam ni. Buat apa pun tak pernah berjaya.” 

3. “La… asyik-asyik dia je yang dapat pujian. Kita pun tolong buat juga.” 

Sebenarnya banyak lagi kata-kata, sungutan-sungutan malah rintihan-rintihan yang kita dengar, yang kadang-kala bukan sahaja melemahkan orang yang menyebut tetapi turut melemahkan kita yang mendengar. 

Jadi., apa yang patut kita buat? 

Belajarlah untuk menerima setiap apa yang berlaku dengan berlapang dada. Ingat, Allah SWT tidak akan menguji seseorang hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya itu. 

Belajar mengambil iktibar dari apa yang berlaku kerana setiap apa yang terjadi pasti bersebab. Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa pada ketika yang sama Allah sedang menguji hambaNya atau mungkin Allah hendak mengangkat martabat hambaNya. Atau mungkin Allah hendak menggantikan kedukaan, kesedihan atau ketidakpuasan hati kita dengan sesuatu yang lebih baik cepat atau lambat. 

Jika terasa agak sukar, mari kita cuba mengubah kata-kata yang negatif menjadi suatu kata-kata positif supaya kita menjadi lebih tenang, selesa dan lebih redha.

Contohnya, 
1. “Awatlah suruh dia? Bukannya dia boleh buat” ditukarkan kepada; "Eloklah suruh dia, sekurang-kurangnya dia boleh belajar. Sampai bila kita nak tolong dia" 

2. “Hish…, susahlah kalau macam ni. Buat apa pun tak pernah berjaya.” - "Tak apa. Tak apa. Cuba buat betul-betul. Lama-lama boleh lah tu.." 

3. “La… asyik-asyik dia je yang dapat pujian. Kita pun buat juga.” - "Tahniah. Lepas ni saya nak belajar dengan awak yer.." 

Jadi untuk menjadikan diri kita tidak tertekan, seronok dan sentiasa tenang belajarlah menukar perkataan negatif kepada kata-kata positif yang mampu meningkatkan kepercayaan terhadap kebolehan diri kita sendiri. In Sha Allah kita boleh.

1 ulasan:

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...