Jumaat, 2 Mei 2014

SEBUAH PERSAHABATAN





Kutitipkan rindu ini untukmu sahabat
yang tiap waktu sujudmu mendoakan aku
tanpa jemu.

Kausahabatku
yang sentiasa dekat meskipun kadang waktu amat jauh
yang sentiasa senyum meskipun hatimu berduka tika itu
yang sentiasa ada meskipun aku tidak punya apa-apa.

Terima kasih sahabat
menjadikan duniaku penuh warna
hidupku penuh cerita.

Kutitipkan rindu dan doa  ini buatmu sahabat
agar keberkatan Allah juga sentiasa untukmu
sepertimana doamu untukku
pada setiap sujudmu
juga munajatmu.

Terimakasih lantaran kau sentiasa menjadi sebahagian hidupku.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...