Sabtu, 3 Mei 2014

CINTA SEORANG IBU



Semua kita lahir dari rahim seorang ibu.  Yang mengandungkan kita selama 9 bulan tanpa sebarang kata.  Ke mana juga tika itu kita dibawa bersama - susah-senang, sedih-gembira.

Barangkali bila usia meningkat dewasa kita mulai lupa - semua jasa dan pengorbanan seorang ibu yang tiada tepinya.  Ibu.., antara doa yang Allah SWT angkat dan makbulkan.  Maka jadilah kita seorang manusia yang rugi sebaik seorang ibu menutup mata!!

Jangan biarkan hati seorang ibu terluka lantaran berdosanya kita baik dengan perbuatan mahu pun kata-kata.  Ibu, jika boleh engkau dikembalikan, aku ingin merasai betapa nikmatnya sentuhan dan peluk kasihmu  malahan leteranmu - yang sering bersama mendidik aku sehingga berjaya menjadi insan berguna.

Kutitipkan kerinduan ini buat  anak-anakku juga anak-anak muridku - HARGAI IA SELAGI DIA MASIH BERNAFAS DI DUNIA.

Salam kasih buat ibuku Allahyarhamah Aminah - KASIH SAYANG BONDA MENJADIKAN AKU SEORANG MANUSIA!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...