Rabu, 21 Mei 2014

HARI GURU 2014

Selesai sudah sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Alhamdulillah, setelah merancang dalam masa yang begitu singkat sebaik habis Kem Kepimpinan pada 7 - 9 Mei; Hari Guru Tahun 2014 berjaya disambut dalam suasana yang cukup meriah.  Jika ditanya dari segi persiapan, masa kurang lebih seminggu memang tidak berbaloi.  Kebetulan ketika yang sama anak-anak Pengawas, PRS dan Pengawas Asrama sedang bergelut menduduki exam pertengahan tahun.  Memang ada sedikit perasaan 'cuak' namun, perasaan itu digabungkan menjadi motivasi!




Komitmen yang diberi oleh Cikgu Fadzilah dan Cikgu Noor Azlina cukup besar dan tinggi.  Banyak tugas terutama berhubung dengan Pn. Pengetua diuruskan oleh mereka berdua.  Jadi, tugas menjadi lebih mudah dan alhamdulillah berjaya.

Sebenarnya, inilah rasanya sambutan Hari Guru yang cukup menyeronokkan.  Dengan anak-anak yang 'sporting' menjadikan perancangan berjalan dengan jayanya.  Kredit untuk seluruh anak Bahiyah terutama Pengawas di bawah pimpinan Syahirah, PRS di bawah pimpinan Mardiah dan Pengawas Asrama di bawah pimpinan Halimah.  Anda Hebat. 
















Aksi gembira guru dan murid dengan pelbagai acara dipertandingkan.  Tahniah untuk yang menang.  Tahniah untuk yang menjayakan.  Tahniah bagi yang memberi masa dan peluang.  Semoga Allah SWT memberkati kita semua di SMK Sultanah Bahiyah! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...