Selasa, 19 Mac 2013

DISIPLIN MEMBENTUK KEBERSIHAN DAN HARGADIRI

Kita kerapkali mendengar orang berbicara perihal disiplin terutama apabila dikaitkan dengan murid-murid sekolah.  Seringnya pula disiplin ini dikatakan sebagai satu cara seseorang individu mengawal diri dan tingkahlaku mereka kepada suatu peraturan atau undang-undang tertentu.  Ketidakbolehan individu mengawal diri akan menyebabkan mereka melanggar peraturan atau undang-undang yang ditetapkan - dan ini dikatakan sebagai perlanggaran disiplin.

Pada pandangan peribadi saya, disiplin merupakan sesuatu yang sangat penting dan menjadi titik tolak kepada kesempurnaan sebuah kehidupan termasuk kejayaaan dan kecemerlangan.  Bagaimana kita melihat seorang yang berjaya baik dalam kerjaya atau kehidupan - pastinya berpaksikan kepada disipin diri yang tinggi.  Disiplin diri yang tinggi mampu membentuk diri individu menjadi seorang yang bersih baik fizikal mahupun mental.  Selalunya individu berdisiplin akan berfikiran lebih matang, terbuka dan jauh ke hadapan.  Idea dan pendapat lebih bernas dan boleh diterima pakai. 

Berdisiplin tinggi maksudnya bersedia untuk mengikuti dan seterusnya mematuhi peraturan.  Dapat mengawal diri dalam pelbagai situasi dan secara tidak langsung berupaya juga meningkatkan harga diri di kaca mata orang lain.  Sebagai pelajar di sekolah - patuh kepada disipin menjadi suatu kewajipan.  Melalui sikap patuh ini akan menjadikan seorang murid itu disenangi oleh guru dan kawan-kawan selain dan ini pastinya akan meningkatkan harga dirinya di hadapan warga sekolah yang lain.

1 ulasan:

  1. saya setuju cuma ini pendapat saya, didiplin hanya dapat diikuti jika manusia faham konsep maruah. Maruah dalam ini bermaksud, manusia yang bertaqwa tidak akan melakukan sesuatu yang tak betul kerana dia tidak biarkan nafsunya mengawal. Manusia yang baik adalah manusia yang menggabungkan maruah=taqwa=akal + fikiran=disiplin. Hanya undang2 dalam diri manusia sahaja yang akan membentuk sahsiah dan disiplin dirinya sendiri

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...