Khamis, 16 Februari 2012

SYUKUR ATAS SEGALA NIKMAT

Menunggu detik hari ini sebenarnya cukup mendebarkan. Sepanjang minggu ini juga amat meresahkan. Mana mungkin saya berasa senang memandangkan ‘risiko’ yang bakal mengundang hasil apabila semua perancangan awal untuk hari ini akan terlaksana. Sepanjang saat sebenarnya saya tidak henti berdoa. Terkejar-kejar ke sana ke sini apabila mengetahui di mana ada insan terbaik sebagai perantaraan Allah SWT untuk membantu meringankan kekalutan fikiran. Siang tika berhadapan pelajar walaupun perlu pulang sehingga lewat petang,malamnya aku dan suami masih bersemangat mncari alternative lain untuk Mawardi.
Barangkali doa kami diangkat Allah SWT. Tika resah semakin meninggi seorang teman sepejabat suami bercerita tentang tokoh ini. Walaupun terasa kurang percaya, namun jika Allah SWT memberi perantaraannya dia untuk Mawardi kami rela. Asalkan cara perubatannya tidak lari dari kehendak Islam. Alhamdulillah, Allah SWT memakbulkan dan hari ini ketika dirawat semula Mawardi didapati sihat. Struktur kakinya (lutut) didapati kuat. Pembedahan tidak perlu dijalankan untuk masa terdekat.
Apa lagi yang dapat saya nyatakan selain bersyukur. Jika sebelum ini tidak boleh berlari, Mawardi dengan penuh ceria bercerita, “Abang dah boleh lari mak! Dah boleh bertinggung untuk buang air besar. Dah rasa lebih ringan. Ibu jari abang dah boleh mengepit benda..”Alhamdulillah. Syukur amat. Dan yang paling bersyukur kerana Mawardi tidak perlu menjalani pembedahan kedua (untuk repair semula lututnya yang terkoyak).
Saya sebenarnya sudah membuat persediaan. Sudah juga berjumpa pengetua untuk memohon CRK pada hari Ahad depan. Malah sudah juga berbincang dengan doctor untuk pembedahan yang bakal dilaksanakan pada hari Jumaat. Namun saya sedar, inilah nikmat Allah SWT jika Dia izinkan. Terima kasih Allah kerana memberi kami suatu nikmat. Dan saya amat bersyukur atas nikmat tersebut. Moga selepas ini, Mawardi akan pulih sepenuhnya. Insya’allah.

2 ulasan:

  1. Jah alhamdulillah, saya tumpang gembira, semoga Mawardi sihat seperti sediakala insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih ckg. Saya pun rasa xpercaya. Dr. Jasminder pun, sbb 2 minggu lepas masa check lutut dia masih sakit lagi.

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...