Khamis, 1 Disember 2011

RABIATUL ADAWIYAH : PERINDU CINTA ABADI




Rabiatul Adawiyah : Perindu Cinta Abadi karya Zahiruddin Zabidi - saya mengambil masa selama 3 hari (28 Nov. - 30 Nov. 2011) untuk menghayati dan menekuninya. Tahniah kepada Zahiruddin atas sumbangannya dalam Novel Islamik yang pada saya cukup terkesan di hati. Menghayati dan membaca karya ini dengan bahasa santai dan mudah menyebabkan saya sukar untuk meninggalkannya. Terasa mahu menghabiskan karya 268 mukasurat ini cukup kuat. Namun, keterbatasan masa dengan komitmed yang lain menjadikan saya hanya berkesempatan membaca pada waktu petang dan malam. Namun alhamdulillah, akhirnya ternoknah juga sehingga ke mukasurat penamat.


Secara peribadi saya merasakan karya ini sesuai dibaca remaja sekarang. Sekurang-kurangnya sebagai panduan dalam melayari kehidupan. Mengenali seorang wanita wali Allah yang solehah dan zuhud; meninggakan segala bentuk kesenangan meskipun beliau berkemampuan untuk mendapat kemewahan tersebut.


Rabiah (keempat) dilahirkan dalam sebuah keluarga serba daif. Kemiskinan tidak pernah melunturkan semangat dan kecintaannya kepada Pencipta malah menguatkan lagi rasa cintanya. Menempuh pelbagai rintangan dan ranjau; halangan dan kesukaran - diculik, dijual, menjadi hamba, hampir diperkosa; kehilangan ibu-bapa malahan terpisah dari ketiga-tiga saudara perempuannya - menjadi anak yatim piatu tanpa saudara - tidak pernah melunturkan rasa kasihnya kepada Allah SWT. Malahan semakin menghampirkan dirinya kepada Allah. Demikian Rabiah - seorang wanita yang cukup agung dan kuat jati dirinya untuk diteladani dan dijadikan model kita.


Moga novel ini akan menjadi sebahagian bacaan untuk mendewasakan kita..

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum, terima kasih puan atas kesudian membaca tulisan saya. Semoga ia bermanfaat kepada ummah. Jemput puan ke laman saya bagi melihat naskhah-naskhah lain tulisan saya. Terima kasih.

    ZAHIRUDDIN ZABIDI
    http://kalamkhalifah.com/

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan kerana sudi ke blog saya. Juga sudi meninggalkan sebaris-dua kata-kata. Insya'allah, saya sedang menghabiskan 'Nota Fikir Untuk Zikir'kala ini. akan terus membaca dan membaca!!

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...