Khamis, 24 November 2011

KOLEKSI PIDATO SPONTAN DAERAH

Anak saya Fatin Naimah dan Farah Izzati sering terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato ketika di sekolah rendah. Sebagai galakan, saya kerap pula diminta menyediakan teks pidato bagi tajuk-tajuk pidato spontan yang mereka mungkin akan terima pada hari pertandingan tersebut. Berikut merupakan beberapa teks pidato yang mungkin boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang suka mengambil bahagian dalam pertandingan pidato.

KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran sama ada kekotoran yang nampak seperti najis-najis dan juga kekotoran dalaman seperti perbuatan serta sikap negatif termasuk sombong, bongkak, iri hati dan sebagainya.

Antara kepentingan kebersihan dalam kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri. Contohnya kebersihan kuku, rambut, pakaian dan sebagainya. Seseorang yang selalu tampil bersih pasti akan disenangi oleh rakan dan taulan. Orang yang mementingkan kebersihan akan tehindar daripada sebarang penyakit seperti wabak H1N1, denggi, chikukunya dan lain-lain.

Selain kebersihan fizikal, kebersihan hati, minda dan rohani juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Contohnya seorang pelajar yang rajin, tekun, sering menunaikan perintah Allah, sentiasa bersedia belajar di dalam kelas serta menghormati ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan pasti akan mencapai kejayaan cemerlang dalam kehidupannya.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga kebersihan kerana kebersihan lambing ketamadunan seseorang.

KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi?? Persoalannya bagaimana kita sebagai pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya selamat digunakan??

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.

Selain itu, para penggun jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur, saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan. Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen tinggi para pengguna. Oleh itu, ‘berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di tangan kita’. Sekian, terima kasih.

FAEDAH MENABUNG

Berapa ramai di antara kita yang suka menabung? Kenapa menabung penting kepada setiap orang? Orang-orang tua ada menyatakan, ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Maksudnya jika hari ini kita berjimat – cermat, hasilnya kita akan memperoleh kesenangan di hari kemudian.

Menabung sangat penting. Melalui wang tabungan, kita dapat membeli barangan yang diperlukan tanpa mengharapkan pemberian orang lain terutama ibu bapa. Wang yang disimpan dapat digunakan ketika kita berada di dalam kesempitan selain membantu ibu bapa terutama untuk membeli keperluan persekolahan.

Menabung juga mengajar kita berjimat-cermat ketika berbelanja. Wang yang disimpan secara berterusan boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana kos untuk menyambung pelajaran adalah tinggi. Ini membolehkan kita membantu ibu bapa daripada terlibat dengan pinjaman pelajaran dan seterusnya menanggung hutang yang sudah pasti membebankan.

Kesimpulannya, amalan menabung memberi impak yang positif kepada kita. Oleh itu marilah kita mula menyimpan dan menabung agar dapat membantu kita di masa hadapan bak kata orang ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.’ Sekian, terima kasih.

KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

Tahukah anda apa yang dikatakan makanan seimbang? Bagaimana untuk mendapatkan makanan seimbang? Dan apakah kepentingan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seperti karbohidrat, mineral, protein, zat besi dan juga vitamin.

Makanan seimbang amat penting untuk semua orang. Kegagalan individu mengambil makanan seimbang akan mengundang kepada pelbagai gejala penyakit, menyebabkan pertumbuhan individu terbantut malahan turut menyebabkan organ badan gagal berfungsi dengan baik.

Makanan seimbang penting terutama kepada para pelajar. Pengambilan makanan berkarbohidrat pada sebelah pagi akan menyebabkan seseorang pelajar mengantuk ketika di dalam kelas, pergerakan menjadi tidak cergas malahan daya ingatan kurang tajam. Malahan makanan seimbang penting untuk mengekalkan daya konsentrasi pelajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, makanan seimbang amat penting buat semua orang. Tanpa pemakanan yang seimbang, individu mengundang dirinya ke kancah pelbagai wabak dan penyakit yang memudaratkan diri sendiri. Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan secara seimbang untuk kestabilan kesihatan. Terima kasih.

KEPENTINGAN MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara manafaatnya adalah kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain, berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi. Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya!

Sekian, terima kasih.

89 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya ingin meminta kebenaran untuk 'copy' dan menjadikannya panduan untuk pertandingan pidato saya nanti.. minta izinkan,

    BalasPadam
  2. Aina Falihah : silakan jika dapat memberi manafaat untuk anda.

    BalasPadam
  3. saya sukakan koleksi pidato cikgu Halijah...minta izin untuk disimpan bagi koleksi pidato...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu lukman, silakan ambiljika bermanafaat untuk cikgu dan anak2 didik di sekolah.

      Padam
    2. cikgu lukman, silakan ambiljika bermanafaat untuk cikgu dan anak2 didik di sekolah.

      Padam
    3. Salam Cikgu Halijah, mohon copy teks pidato tersebut untuk dijadikan contoh pidato kepada anak saya.

      Padam
    4. izinkan saya untuk copy teks di atas

      Padam
  4. Saya sebenarnya sedang mencari maklumat untuk bahas hari guru 2012 negeri johor, terjumpa pula blog cikgu halijah, jadi saya mohon jasa baik cikgu untuk menggunakan contoh pidato spontan ini untuk panduan anak murid saya nanti, terima kasih

    BalasPadam
  5. Cikgu Shahrul, silakan. Untuk manafaat bersama.

    BalasPadam
  6. assalamualaikum..cikgu mohon untuk saya 'copy' koleksi syarahan ni.. terima kasih

    -IPDArians-

    BalasPadam
  7. asslamualaikum ..
    boleh x panjangkan lagi isi-isi pentingnya ?
    maaf kalau terkasar bahasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih puan atas ctoh teks tersebut. amat berguna untuk anak saya. mohon izin untuk dicetak

      Padam
    2. alhamdulillah
      dapat jugak copy untuk pertandingan pidato nanti...
      terima kasih cikgu

      Padam
  8. Sesiapa juga yang ingin menggunakan bahan di dalam blog ini, bolehlah berbuat demikian untuk kepentingan bersama. Semoga ilmu yang sedikit ini akan memberi manafaat untuk anak-anak kita semua.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum cikgu halijah, saya yang bernama nik muhammad sharul ikram, ingin meminta copy, untuk membuat bahan2 assgment saya di kolej , terima kasih ye cikgu .

    BalasPadam
  10. assalamualaikum..cikgu mohon untuk saya 'copy' koleksi syarahan ni.. terima kasih

    BalasPadam
  11. cikgu, kalau boleh, tolong tambahkan lagi tajuk-tajuk pidato ini. saya suka.

    BalasPadam
  12. cikgu, tambah lagi tajuk-tajuk pidato ini. saya suka.

    BalasPadam
  13. cikgu, tambah lagi tajuk. baet lah!!!

    BalasPadam
  14. cikgu, tambah lagi tajuk-tajuk ni erk. bast sangat!!!!

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum cikgu. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Pohon keizinan untuk jadikan panduan pelajar di sekolah saya. TQ.

    BalasPadam
  16. Assalamuaikum cikgu. Pidato spontan cikgu banyak manafaatnya bagi saya mencari bahan terutamanyan untuk pidato spontan ni... maklumlah kadang-kadang tak de masa nak dan mengarang-ngarang ni. tq banyak-banyak

    BalasPadam
  17. terima kasih atas pidato ini!!!!

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum cikgu, izinkan saya copy pidato cikgu untuk anak saya bagi pertandingan daerah di johor....mohd

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,, cikgu,, mohon izin utk print teks pidato cikgu utk prog pidato spontan di sekolah sy.. t.kasih atas perkongsian..
    -athirah-

    BalasPadam
  20. assalmualaikum.. mohon izin menggunakan teks untuk pertandingan pidato ank didik saya..tq.

    BalasPadam
  21. salam cikgu..ada x pidato b'kenaan sambutan maulidur rasul?

    BalasPadam
  22. salam cikgu...mohon izin menggunakan teks pidato untuk pertandingan pidato anak murid saya...

    BalasPadam
  23. Salam cikgu,saya ada masalah...... Boleh cikgu tolong saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila nyatakan apa yang sedang membelenggu anda. Insya'allah pasti ada jalan penyelesaian

      Padam
  24. Mohon copy Cikgu, untuk anak belajar pidato di sekolah

    BalasPadam
  25. salam cikgu.. mohon untuk copy teks ini ye.. untuk latihan piato anak2 murid saya nanti. . terima kasih

    BalasPadam
  26. terima kasih cikgu
    contoh pidato spontan amat membantu anak saya
    semoga cikgu lebih berjaya

    izinkan saya berkongsi bahan bersama cikgu

    BalasPadam
  27. ASSALAM, JUTAAN TERIMA KERANA MEMBENARKAN TEKS INI UNTUK DITONTON. MOHON IZIN UNTUK COPY SEBAGAI PERSEDIAAN MURID MENJELANG PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON PD 18 APRIL INI

    BalasPadam
  28. Salam...minta izin untuk gunakan teks pidato ni...time kasih

    BalasPadam
  29. salam mohan kebenaran untuk ambil teks sebagai latihan anak murid

    BalasPadam
  30. cikgu, sya mohon 'copy' teks ini, urgent... halalkan ya

    BalasPadam
  31. minta izin gna isi

    BalasPadam
  32. assalamualaikum.. saya nk tanye ada x contoh teks pidato sekolah rendah tajuknya 'Bahasa Jiwa Bangsa'?

    BalasPadam
  33. saya mohon kebenatan utuk menggunakan bahan yg ada sebagai panduan pertandingan pidato. terima kasih-sk bukit soga, batu pahat.

    BalasPadam
  34. assalamualiakum. saya nak minta izin untuk copy...

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum cikgu entri ini sangat berfaedah untuk dijadikan panduan kepada pemidato cilik, mohon izin untuk saya copy

    BalasPadam
  36. salam cikgu.
    mohon kebenaran untuk copy.
    tq

    BalasPadam
  37. salam cikgu, minta izin untuk copy teks pidato ni. tq

    BalasPadam
  38. assalammualaikum izinkan saya buat copy utk rujukan anak saya .......TQ

    BalasPadam
  39. salam cikgu,minta izin untuk copy teks pidato ni ..tq

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum Cikgu

    Saya mohon izin utk copy teks ini ya,...anak saya sangat2 memerlukannya. T.ksh.

    BalasPadam
  41. harap diberi izin untuk mengikut teks ini untuk pertandingan pidato saya

    BalasPadam
  42. Assalam Cg.

    Mohon untuk saya menyalin teks ini sebagai panduan yang sangat membantu.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  43. tolong tambah isi ...isi cikgu sangat sedikit , maaf kalau terkasar bahasa,tolonglah tambahkan isinya .ini sangat penting buat saya...

    BalasPadam
  44. Cikgu , mohon utk saya copy pidato ini . terima kasih .

    BalasPadam
  45. Cikgu izinkan saya until meminjam teks ini un tuk tujuan kokurikulum

    BalasPadam
  46. assalamualaikum, mohon izin copy teks..tq

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum..mohon untuk menggunakan bahan ini sebagai rujukan. Terima kasih.

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum. Mohon keizinan untuk menggunakan teks ini sebagai rujukan. Terima kasih

    BalasPadam
  49. Assalamualaikum, cikgu..saye ingin memeinta kebenran untuk mengambil sedikit ilmu cikgu dlam teks pidato spontan nie...semoga cikgu dikurniakan rezeki yg melimpah.

    BalasPadam
  50. Assalam...mohon share ya cikgu...tqvm

    BalasPadam
  51. Mohon izin copy dan paste teks pidato utk kegunaan murid-murid saya.

    BalasPadam
  52. CIKGU, SAYA PUN NAK MOHON IZIN UNTUK COPY BAHAN CIKGU UNTUK KEGUNAAN MURID-MURID DAN SAYA JUGA. TERIMA KASIH. HANYA ALLAH YANG MEMBALAS BUDI BAIK CIKGU.

    BalasPadam
  53. ASSALAMUALAIKUM CIKGU.....MOHOHON UNTUK COPY CONTOH PIDATO SPONTAN NIE... TERIMA KASIH DAUN KELADI...

    BalasPadam
  54. salam.saya memohon keizinan untuk copy contoh koleksi pidato spontan ini. terima kasih.

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian ini
    Mohon izin untuk berkongsi untuk anak murid saya ya. Terima kasih

    BalasPadam
  56. Cikgu Kamaria Muluk4 Jun 2014 pada 12:50 PG

    Assalmu alaikum ...izinkan saya copy contoh koleksi pidato spontan untuk murid sekolah saya...tqvm.

    BalasPadam
  57. Cikgu Kamaria Muluk4 Jun 2014 pada 12:54 PG

    Izinkan saya mencetak pidato spontan ini untuk murid sekolah saya..

    BalasPadam
  58. Assalamualaikum izinkan mencetak pidato spontan untuk anak dan pelajar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan tuan. Berapa Kali saya nak cakap silakan. Chooiiiii

      Padam
  59. Benarkan sya copy pidato ini ya untuk pertandingan di sklh nanti

    BalasPadam
  60. assalamualaikum....
    saya mohon izin untuk menyalin teks ini ya...terima kasih

    BalasPadam
  61. cg,sy mohon copy teks ni utk panduan sy n pelajar sya..terima kasih

    BalasPadam
  62. Assalam. minta izin copy..tq

    BalasPadam
  63. Askm. Cikgu saya ckg mainas dri. Beluran mohon copy teks ini utk. Murid saya. T.kasih atas perkongsian ini

    BalasPadam
  64. mohon copy yea cikgu.. .untk kegunaan anak murid.

    BalasPadam
  65. Assalamualaikum saya minta izin copy untuk rujukan. Terimaksih

    BalasPadam
  66. Assalam..mohon izin copy ye pn..t.kasih

    BalasPadam
  67. salam cikgu saya ambil yeaa untuk persediaan pertandingan nanti pada bulan Jun. Terima kasih cikgu..

    BalasPadam
  68. assalamualaikum cikgu halijah...saya mohn share ya...terima kasih

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum cikgu,saya minta izin copy
    untuk pertandingan pidato saya...😊

    BalasPadam
  70. assalamualaikum cikgu halijah...saya mohn share ya...terima kasih

    BalasPadam
  71. Assalamualaikum ..saya mahu minta izin untuk kongsikan semua ini bersama murid - murid saya.terima kasih

    BalasPadam
  72. Salam sejahtera cgu,mohon izin guna teks cgu utk kegunaan pljr sy..tk

    BalasPadam
  73. Assalamualaikum cikgu... Minta izin utk guna teks2 ini ya...

    BalasPadam
  74. Assalamualaikum cikgu..terima kasih atas perkongsian..saya mohon izin share untuk dijadikan rujukan..terima kasih.

    BalasPadam
  75. Assalamualaikum saya mohon izin untuk guna note ini sebagai rujukan

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...