Selasa, 21 Jun 2011

REZEKI


Setiap makhluk diberi dan ditentukan Allah SWT rezeki masing-masing. Ada orang mendapat rezeki wang ringgit melimpah ruah namun bukan rezeki sihat. Ada orang yang lain mendapat rezeki sihat namun tidak mewah dengan wang ringgit. Manakala orang yang lain pula diberi rezeki keluarga yang bahagia, anak-anak yang cemerlang akademik dan mendapat kerjaya cukup baik. Demikian Allah SWT mengatur rezeki setiap hamba-hambaNya, supaya setiap di antara kita belajar menilai diri, melihat dan sentiasa memuhasabah diri - agar tidak menjadi insan yang riak dan takbur dengan rezeki-rezeki atau dalam erti kata lain nikmat-nikmat yang diberikan Allah untuk semua hambaNya.

Untuk itu, marilah kita sama-sama belajar mensyukuri apa juga nikmat atau rezeki yang dikurniakan Allah untuk kita. Sama ada rezeki kita dapat tidak sama dengan apa yang kita harapkan; memandangkan orang lain mendapat yang jauh lebih baik daripada kita. Apalah yang hendak kita kesalkan kerana setiap apa yang yang ditetapkan Allah itulah yang sebenarnya sebaik-baiknya untuk kita sentiasa belajar menginsafi dan mengenali diri sendiri. Malahan sentiasa bersedia untuk mengubah diri jika tahu kita sememangnya mengetahui di mana lemahnya diri!!



1 ulasan:

  1. Rezeki yang diberi..syukur. Ujian yg datang..sabar. Lebih hebat lagi ialah SYUKUR ATAS UJIAN...merasakan ujian Allah itu suatu nikmat memberikan kita rasa reda dan lapang serta jiwa hamba yang sgt mesra dan terbuka.... hati yg bahagia lahir dari keyakinan yg teguh pd takdir yg hadir lalu belajar bersyukur atas semua perkara...menumbuhkan hati yang merasai cukup dan dapat pula atasi masalah dengan sgt bergaya...

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...