Sabtu, 25 Julai 2009

Muhasabbah Diri

1.
Semua orang ada emak dan ayah.
Saya juga ada emak dan ayah.
Tapi… ada antara kita yang telah kehilangan emak, kehilangan ayah.
Sesiapa yang tidak punya emak atau ayah sila datang ke hadapan.

(Boleh ulas sendiri, Tanya nama, sejak bila emak/ayah meninggal,
sekarang tinggal dengan siapa)
Tentu amat menyedihkan kerana telah kehilangan orang yang amat kita sayang.
Sebagai tanda ingatan marilah kita sama-sama
hadiahkan surah al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.

Adik-adik…
Syukur kerana kita masih ada emak. Ada ayah.
Cuba bayangkan kalau kita tidak ada emak. Tidak ada ayah.

(boleh tutup lampu)
2.
Ingatkah lagi adik-adik
susah payah ibu mengandungkanmu

Ingatkah adik-adik
Bagaimana susahnya ibu melahirkanmu

Dari kecil
Tika tapak kakimu sebesar dua jari cuma
Rengekan dan tangisanmu
Buat ibu dan ayah bimbang.

Ingatkah adik-adik
Mandimu disiram
Bajumu dipakai
Makanmu disuap
Malah
Sakitmu diubati
Kotoranmu dicuci
Dipeluk, dicium

(Tunggu sambungan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...