Catatan

PROSES DALAM PERUNDINGAN

a.   Prakemasukan – konsultan menjelaskan nilai, keperluan, anggapan dan matlamat ttg orang dan pertubuhan serta menilai kemahirannya kerana bertindak sebagai konsultan. b.   Kemasukan – menyatkan masalah yang wujud, peranan dan hubungan konsultan ditentukan dan peraturan asas (kontrak bagi konsultan luar) dibentuk. c.    Mengumpul maklumat – maklumat tambahan dikumpul untuk menjelaskan maslah dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti mendengar, memerhati, soal selidik, rekod yang selaras, temuramah dan perjumpaan kumpulan. d. Menentukan masalah – maklumat penilaian digunakan utk menentukan matlamat utk mencapai perubahan.   Kenyataan masalah diubah menjadi kenyataan matlamat yang dipersetujui bersama oleh orang yang diberi perundingan/konsultan. e.    Menentukan penyelesaian masalah – maklumat dianalisis dan digabungkan bagi mencari penyelesaian paling baik kepada masalah yang dinyatakan dengan menggunakan tatacara seperti ...

TERUSKAN LANGKAHMU: PN. SHARIFAH SUHARNY

Imej
Barangkali tidak ada kata-kata yang boleh menggambarkan bagaimana terkejutnya aku ketika menerima berita kenaikan pangkat Pn. Sharifah Suharny pada 24 Disember 2012 yang lalu.  Aku sendiri tidak tahu mengapa  hati dan kaki begitu ingin ke sekolah meskipun pada hari yang sama aku baru sahaja selesai berkursus dan menduduki temuduga pengesahan kaunselor berdaftar di Hotel Bustani bermula 23 - 24 Disember.  Sebaik menjejak kaki di pejabat, Mak Tok (panggilan untuk salah seorang petugas di pejabat) membisikkan ke telinga yang Pn. Sharifah Suharny (Kami di sekolah lebih mesra memanggilnya Kak Pah) baru sahaja menerima memo kenaikan pangkat sebagai Penolong Kanan Kurikulum di SMK Muazzam pada sebelah paginya. Entah kenapa, kesedihan tiba-tiba bersarang dalam hati.  Rasanya kesedihan itu bukan sahaja bertandang di jiwa aku seorang malahan kesemua warga SMK Sultanah Bahiyah.  Beliau sebenarnya begitu rapat dengan kami semua.  Terutama yang mempunyai kaitan...

TERKENANG PADA YANG TIADA

Imej
Terkenang pada yang tiada, teringat pada yang jauh - Jika punya sepasang sayap mampu kita terbang mengutip semua cebisan memori yang semakin jauh ditinggalkan??  

BERMULALAH SEBUAH PERJALANAN BARU

Imej
2012 Sudah 5 hari melabuhkan tirainya.  Apa juga yang berlaku sepanjang tahun 2012  menjadi sebuah sejarah  yang semakin jauh kita tinggalkan.  Begitu banyak kenangan sepanjang menyusuri perjalanan  2012.  Ada pelbagai rasa - duka dan pastinya yang gembira.   Demikianlah kehidupan kita.  Sama ada merelakan atau sebaliknya, perjalanan sebuah kehidupan tetap akan kita terusnkan juga.  Meskipun kita merasakan semalam masih kurang dan tidak banyak yang mampu kita langsaikan namun, masa dan detik tidak pernah menanti kita meskipun sesaat.  Kitalah sebenarnya manusia rugi yang sentiasa terus menghitung kedatangan hari.  Sedangkan hari akan terus berlalu dan berlalu membawa beribu kekilafan jika tidak ada usaha untuk kita  membetulkannya. Hari ini selepas 5 hari 2012 melabuhkan tirai, saya sendiri merasakan begitu banyak yang tertangguh dan tidak upaya saya selesaikan.  Barangkali jika saya terus membisu tan...

DOA IBUBAPA KETIKA ANAK-ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Sudah lama sebenarnya saya untuk berkongsi doa dan amalan yang diamalkan oleh seorang ibu ketika anak-anaknya  menghadapi peperiksaan.   KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN. Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:- 1. Ambil Wudhuk. 2. Mengadap kiblat. 3. Baca Syahadah - 3x 4. Al- Fatihah - 1x 5. 3 Qul- 1x 6. Surah Insyirah - 1x 7. Selawat Atas Nabi - 10x 8. Baca Surah Yassin - 1x 9. Baca Surah Insyirah 100x. 10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang. Contoh: Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar. Sumber: Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdu...

TOLONG DOAKAN DIA UNTUK KAMI

Imej
Aku cuma punya adik-beradik - setelah kedua ibubapa yang sangat aku cintai meninggalkan kami beberapa tahun lalu.  Dari 8 beradik semuanya, aku cuma punya dua adik - kedua-duanya lelaki, dua kakak setelah seorang meninggalkan aku dan seluruh keluarga pada tahun 2007 serta seorang abang (yang sulung terlebih dahulu pergi kurang lebih 16 tahun dahulu). Inilah keluarga kecil kami yang di dalamnya penuh mekar dengan kasih sayang.  Tiada yang lebih penting dan utama selain ikatan kasih sayang itu.  Namun, rasanya aku tidak sanggup untuk kehilangan seorang lagi insan yang begitu bererti dalam hidupku - Alimatun Saadah (kakak sulungku yang kini terlantar sakit di Hospital Pulau Pinang). Terkedu tika melihat badannya dibaluti pelbagai wayar.  Dengan keluhan dan rengekan kecil akibat kesakitan.  Mana mungkin kami adik-beradik berasa senang hati.  Dan tika ini, kesatuan dalam keluarga kami ternyata begitu kental - semua berkumpul dan berkampung untuk mendo...

PROGRAM SELEPAS PMR 2012

Imej
Sebenarnya Program Selepas PMR 2012 sudah lama berakhir.  Bermula dari 17 Oktober 2012 hingga 4 November 2012, pelbagai aktiviti dirancang dan dilaksanakan untuk murid-murid.  Tujuan utama adalah untuk menyuntik semangat agar murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan pelbagai aktiviti bermanafaat.  Sekurang-kurangnya mereka dapat belajar sesuatu - yang pastinya tidak diperoleh ketika berada dalam bilik darjah.  Sesunggunya proses pengajaran dan pembelajaran tidak hanya berlaku di bilik darjah, aktiviti-aktiviti luar yang dibuat dengan baik pastinya juga mampu membina jati diri murid dan inilah antara perkara yaang akan diingat oleh individu ketika mereka menginjak dewasa.  Selalunya, kita jarang mengingat apa yang diajar oleh guru sehinggalah usia semakin meningkat.  Namun, kita jarang terlupa malahan kerap pula mengimbau kenang-kenangan ketika beraktiviti bersama teman-rakan di luar bilik darjah.  Proses beraktiviti ini sebenarnya mampu membina key...