Ahad, 15 April 2012

Terima Kasih Sahabat


click for more

Terima kasih sahabat
lantaran memberi ruang dan kesempatan
untuk aku singgah seketika di pelantar hatimu.

Terima kasih sahabat
lantaran memberi aku seribu kekuatan
untuk menghadapi sejuta kekalutan
yang pergi dan datang.

Aku tidak mungkin akan berdiri seteguh ini
tanpa lontaran motivasi kata darimu
juga huluran tanganmu yang tidak pernah berhenti
memberi harapan dan peluang
untuk aku bangun berdiri.

Terima kasih sahabat
lantaran rasa sayang dan kasihmu luas bagai lautan
yang tepinya tidak pernah kulihat
meski aku tahu hatimu kadang-kala juga begitu berasa
dengan pelbagai omongan dan cerita
namun kauterus kuat memberi aku
lorong-lorong perjalanan
di kiri dan kanannya kautaburi sejuta wangian
untuk aku merasa seribu kenikmatan
erti sebuah persahabatan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...