Rabu, 8 Februari 2012

TEKS PENGACARA MAJLIS : MALAM PERHIMPUNAN PERDANA

Ketika bersendirian, termenung dan mengenang entah kenapa pemikiran saya dibawa menerjah ke suatu memori silam yang tentunya cukup segar di ingatan. Tika saya mengendalikan majlis Makan Malam Pelajar-Pelajar B&K di Univeriti Utara Malaysia pada tahun 2007. Untuk semua teman-rakan yang sama-sama bersusah-senang menuju ke puncak dan terlibat dengan majlis makan malam itu, di sini saya sertakan teks penuh saya sebagai pengacara majlis untuk imbauan semula...


Teks Pengacara Majlis
Malam Perhimpunan Perdana Pelajar-Pelajar
Bimbingan Dan Kaunseling 2007

Ketibaan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Sebagai Pembuka Tirai Majlis, Sidang Dewan Diminta Berdiri Untuk Menyanyikan Lagu “Biru Warna”

Assalamualaikum Wrh Dan Salam Sejahtera.


Bagi Memperoleh Keberkatan Serta Payung Rahmat Illahi, Majlis Pada Malam Ini Dimulakan Dengan Mempersilakan Ustaz Mazlan Bin Yusuf Mahasiswa Dari Program Pkpg Bimbingan Dan Kaunseling Semester 4 Untuk Bacaan Doa. Dipersilakan.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Ustaz Mazlan Bin Yusuf.

Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Yang Berusaha Lt. Kol. Prof. Madya Dr. Abdul Razak Chik, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa.

Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ahmad, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan Dan Inovasi.

Yang Berusaha Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Dekan Pembangunan Pelajar.

Yang Dihormati En. Mohamad Shuib B. Abu Bakar, Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

Para Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Penyelaras Pkpg, Ketua Jabatan Bimbingan Dan Kaunseling Institut Perguruan Perlis, Perlis, Penasihat Malam Perhimpunan Perdana Pelajar-Pelajar Bimbingan Dan Kaunseling, Prof.-Prof. Madya, Pensyarah-Pensyarah, Pengarah Projek Serta Ahli-Ahli Jawatankuasa , Tuan-Tuan, Puan-Puan Serta Hadirin Sekalian.

Terlebih Dahulu Saya Bagi Pihak Majlis Mengalu-Alukan Kehadiran Sidang Dewan Untuk Sama-Sama Menjayakan Malam Perhimpunan Perdana Pelajar-Pelajar Bimbingan Dan Kaunseling Yang Julung-Julung Kali Diadakan. Ucapan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kepada Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Kerana Sudi Meluangkan Masa Bersama-Sama Kita Menyerikan Lagi Majlis Ini. Untuk Pengetahuan Sidang Dewan, Program Ini Dirancang Bertujuan Untuk Mengeratkan Perhubungan Antara Bakal-Bakal Kaunselor Dengan Seluruh Warga Universiti Yang Mempunyai Hubungan Secara Langsung Atau Sebaliknya Dengan Bimbingan Dan Kaunseling. Bagi Memperincikan Lagi Matlamat Serta Visi Program, Saya Bagi Pihak Majlis Mempersilakan Pengarah Projek, Saudara Khairul Nizar Bin Mohd. Zaki Naik Ke Pentas Untuk Memberikan Ucapan. Saudara Khairul Nizar Dipersilakan.

Terima Kasih Saudara Khairul. Jika Tadi Kita Mendengar Ucapan Daripada Pengarah Projek Yang Penuh Dengan Harapan, Tidak Berseri Rasanya Majlis Jika Kita Tidak Mendengar Pandangan, Nasihat Atau Mungkin Teguran Membina Daripada Orang Yang Cukup Sinonim Dalam Bidang Kaunseling Iaitu Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Untuk Itu Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Untuk Memberikan Ucapan. Dipersilakan.

Saya Bagi Pihak Majlis, Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Ucapan Yang Berbahagia Dato’ Sebentar Tadi.

Hadirin-Hadirat, Sidang Dewan Yang Saya Muliakan,
Selain Untuk Mengeratkan Perhubungan Atau Ukhuwah Seperti Yang Dikatakan Saudara Khairul Sebentar Tadi, Majlis Pada Malam Ini Juga Mempunyai Beberapa Agenda Tersendiri Seperti Yang Tertera Dalam Buku Program. Untuk Itu, Majlis Mempersilakan Yang Berusaha Dr. Abdull Sukor Shaari Penyelaras Pkpg Dan Saudara Khairul Nizar Bin Mohd. Zaki, Pengarah Projek Untuk Menjemput Dan Mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi Melancarkan Laman Web Pkpg Universiti Utara Malaysia. Dipersilakan.

Demikian Tadi Pelancaran Laman Web Pkpg Oleh Yang Berbahagia Dato’. Seterusnya Majlis Sekali Lagi Menjemput Dan Mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Untuk Mendaftar Sebagai Ahli Di Laman Web Pkpg. Dipersilakan.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Atas Kesudian Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi Menjayakan Acara Kita Sebentar Tadi.

Sidang Dewan Yang Dimuliakan,
Untuk Meneruskan Aturcara Program Kita Pada Malam Ini, Saya Bagi Pihak Majlis Dengan Berbesar Hati Memperilakan Encik Azemi Bin Shaari Selaku Penasihat Program Pada Malam Ini Serta Saudara Mokhtar Bin Mohd. Yusuf Pengerusi Pkpg Bimbingan Dan Kaunseling Menjemput Dan Mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi Naik Ke Pentas Utama.

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Sekalian,
Majlis Pada Malam Ini Akan Melakarkan Satu Lagi Sejarah Dalam Dunia Kaunseling. Saya Dengan Segala Hormatnya Menjemput Saudara Mokhtar Mohd. Yusuf Untuk Menyerahkan Borang-Borang Permohonan Keahlian Persatuan Kaunseling Malaysia (Pekama) Dan Persatuan Kaunseling Univesiti Utara Malaysia Kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi. Dipersilakan.

Terima Kasih Saudara Mokhtar Dan Terima Kasih Yang Berbahagia Dato’.

Saudara-Saudari Sidang Dewan Sekalian, Sebagai Tanda Penghargaan Dan Terima Kasih Atas Komitmen, Nasihat Serta Kepercayaan Yang Diberikan Kepada Mahasiswa Pkpg Untuk Menjayakan Program Ini, Majlis Dengan Segala Hormatnya Mempersilakan.

Yang Berusaha Prof. Madya Haji Azmi Shaari, Dekan Fakulti Pembangunan Dan Sumber Manusia. Dipersilakan.

Yang Berusaha En. Azemi Bin Shaari Selaku Penasihat Majlis Kita Pada Malam Ini Untuk Menyampaikan Cenderamata Kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Dipersilakan.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada En. Azemi. Dan Yang Berbahagia Dato’dr. Nordin Kardi. Terima Kasih.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Hadirin Sekalian,

Ke Pekan Sudah, Ke Maran Pun Sudah,
Cuma Ke Tenum Sahaja Yang Belum;
Ucapan Sudah, Pelancaran Pun Sudah,
Makan Dan Minum Sahaja Yang Belum.

Gulai Cendawan Hidangan Masakan,
Rasanya Enak Tidak Terperi;
Sidang Dewan Dipersilakan Makan,
Jangan Dibiar Perut Berbunyi.


Sidang Dewan Yang Dihormati,

Masa Nampaknya Semakin Mencemburui Pertemuan Kita Pada Malam Ini. Majlis Pada Malam Ini Juga Nampaknya Sudah Sampai Ke Penghujung. Lantaran Yang Datang Sudah Mula Mengadu Keletihan, Yang Jauh Sudah Berbisik Hari Semakin Larut Malam. Justeru, Saya Dengan Rasa Rendah Diri Mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Nordin Kardi Akan Meninggalkan Majlis Diiringi Oleh Dif-Dif Kehormat Yang Lain. Sehubungan Itu, Saya Bagi Pihak Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Yang Sudi Menghadirkan Diri Menjayakan Majlis Pada Malam Ini. Saya Bagi Seluruh Warga Kerja Serta Ahli Jawatankuasa Malam Perhimpunan Perdana Pelajar-Pelajar Bimbingan Dan Kaunseling 2007 Memohon Berbanyak-Banyak Kemaafan Sekiranya Terdapat Sebarang Kekurangan Dalam Majlis Ini. Sesungguhnya Yang Baik Itu Datang Daripada Allah Yang Telah Mencipta Kami Dan Yang Buruk Itu Adalah Daripada Kami Yang Telah Dicipta Olehnya.


Sehingga Kita Bertemu Lagi Dalam Suatu Majlis Yang Lain, Assalammualaikum Dan Selamat Malam.

5 ulasan:

  1. salam.. mohon copy utk contoh teks pengacara..

    BalasPadam
  2. salam..minta izin utk panduan MC saya

    BalasPadam
  3. cikguu rindu masa kat bahiyah, masa saya aktif dengan pengacaraan majlis ni...cikgu tau x, dah masok U pon saya masih bwk ilmu yang diperolehi di bahiyah dan saya gunakan sebaik mungkin...untung rasanya dulu saya belajar tentang ilmu ni sebab sampai sekarang saya jadi emcee...heheeh terima kasih cikgu

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...