Jumaat, 28 Oktober 2011

22 OKTOBER; MEMORI TERINDAH

Tanggal 22 Oktober 2011- manisnya masih terasa. Barangkali sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Hari yang sama beberapa peristiwa manis berlaku serentak. Mungkin Allah SWT ingin menguji atau memberi sedikit ruang untuk aku merasa gembira. Alhamdulillah.

Dari jauh aku hanya mampu memanjatkan doa. Untuk puteri keduaaku - Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-18. Sudah dewasa rupanya dia. Cepat sungguh masa berlalu. Dan kita aku sudah punya seorang anak gadis yang perlu dijaga dan dipelihara. Tidak pernah sekali pun dalam doaaku melupakan 'dia' - anak gadisku itu.

Nun jauh di selatan - anak arwah abnag sulungku - yang bongsu sedang mengikat tali pertunangan. Satu langkah untuk memulakan faasa kehidupan yang seterusnya. Maaf kerana aku tidak bisaa menjejakkan kaki ke saana. Jaauhnya jarak antara Alor Setar dengan bandar Segamat - menyukarkan untuk aku mengunjungi mereka. Namun, 2 orang adik serta kakakku dan keluarga mereka telah turut memeriahkan majlis tersebut.

Itu antara cerita gembira 22 Oktober. Malaamnya, tika hati berbelah bagi untuk ke Regency Hotel sempena majlis Jamuan Makan Malam Staf SMKSB - aku gagahkan diri. Hujan lebat sepanjang petang dengan kekalutan menyiapkan modul Kem Kecemerlangan di Kem Kenari Nature Park esoknya - aku tiba di kaunter pendaftaran tika rakan-rakan lain sudah mula memenuhi ruang. Tidak ada yang seronoknya kerana sepanjang 20 tahun bekerja aku tidak pernah mendapat apa-apa cabutan bertuah.

Satu demi satu raakan maampir menerima hadiah. Nombor aku 077 tidak juga disebut pengacara sedangakan 076, 075 dan 078 sudah dipanggil. Hanya tinggal dua hadiah sahaja. Dan aku tahu harapan untuk mendapat sebarang cabutan semakin malap. Rashidi - peengacara tetap dan berpencen setiap tahun masih galak berceloteh. Dengan ucapan tahniah dan kata-kata insan bertuah perlahan-lahan Rashidi menyebut angka 0...., ...7 dan ....7! Terpempan dan terkejut. malah mungkin terkedu. Seketika aku tergagam. Teringat sebelum pergi tadi, suamiku mengusik dan memegang tanganku, "Mai abang baca doa sikit. Kut2 boleh dapat hadiah!!" "Hehehe..." aku tergelak dengan sikap suamiku itu. Dan Allah SWT menganugerahkan aku suatu rahmat yang sungguh besaar ertinya. Terima kasih allah.

Malamitu, rupanya tidak berakhir di situ - sekali lagi namaku dipanggil untuk menerima anugerah kehadiran penuh - dengan sijil dan juga hamper barangan tupperware! Allah - sungguh malam ini milikku hasil rahmatMu.

Dan aku pulang dengan seribu memori yang cukup indah. Pertama kali memenangi cabutan bertuah!! Terima kasih Allah. Sungguh banyak yang Kauberikan kepadaku namun, hanya sedikit sahaja yang mampu kubalas! Terima kasih.

1 ulasan:

  1. Jah nanti kan saya aturkan percutian tiga hari dua malam, sebagai hadiah tambahan, tahniah dan syukurlah. Allah memberi kepada siapa yang dikehendakiNya. Kami semua tumpang gembira.

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...