Jumaat, 3 Jun 2011

MENGISI MASA LAPANG

Cuti datang lagi. Sedar tidak sedar sudah masuk satu minggu. Ada berbaki satu minggu lagi. Ramai yang bersungut tidak betah duduk di rumah. Asyik-asik makan kenduri sahaja. Maksudnya ramai yang mempunyai banyak masa lapang. Jadi jangan biarkan masa lapang berlalu begitu sahaja. Ia perlu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ada berbagai-bagai cara untuk mengisi masa lapang. Antaranya beberapa perkara berikut mungkin boleh dilakukan;

1. Pergilah ke perpustakaan awam. Libatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh perpustakaan. Dengan cara itu ia dapat menambahkan pengalaman serta ilmu pengetahuan.

2. Pilih buku yang sesuai untuk dibaca. Ada banyak bahan bacaan yang boleh dibaca. Ia merupakan satu aktiviti yang paling berfaedah untuk mengisi masa lapang.

3. Tolong ibu bapa mengemas rumah. Sesekali ubah suai kedudukan katil dan almari dalam bilik, letak sedikit haruman dan tambahkan dengan sedikit hiasan sudah pasti ibu bapa akan tersenyum puas hati.

4. Sediakan minuman petang sekali-sekala. Variasikan mengikut kesukaan dan selera keluarga. Tentu masa anda akan terisi dengan cukup berharga.

Jadi, jangan biarkan cuti anda habis dengan sia-sia. Mulakan sesuatu yang berfaedah dan anda akan menghargainya.

2 ulasan:

  1. Salam, Jah saya penuhi masa lapang makan kenduri - mengeratkan silaturrahim dengan rakan dan keluarga yang tak sempat dikunjungai kalau tiada kenduri. Sampai jumpa lagi buka sekolah nanti.

    BalasPadam
  2. Cikgu, saya pun seperti cikgu. Cuti2 begini adalah waktu paling berharga mengeratkan silaturrahim. Insya'allah kita jumpa lagi buka sekolah nanti.

    BalasPadam

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...