Isnin, 16 Mei 2011

HARI GURU 16 MEI 2011


Hari Guru 2011 - Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara tapi saya lebih suka kepada Guru Pemangkin Transformasi Pendidikan Negara. Entah kenapa? Mungkin maksud penjana dan pemangkin itu sendiri yang membawa makna cukup berbeza tapi besar ertinya. Namun, bagi saya guru adalah segala-galanya. Dulu arwah ibu saya selalu berkata, "Cakap guru, cakap syurga. Mendengar kata guru bererti satu langkah ke syurga.' Saya tidak pasti benar atau tidak, namun saya tahu mereka (terutama almarhumah ibu dan almarhum ayah saya begitu menghormati guru). Maka setiap kali saya bercerita tentang guru (yang memukul jari saya - Cikgu Matematik, yang memulas telinga saya - cikgu Bahasa Inggeris), kesannya kembali kepada saya. Pernah buku saya di baling keluar rumah kerana malasnya saya nak menyiapkan kerja rumah. Daripada 2 kali kena, lebih baik saya buat kerja dan esoknya dapat pujian daripada guru!! Itulah saya.

Itu sebahagian nostalgia lama. Kini saya berbangga menjadi seorang guru. Di kelilingi pelajar dan rakan-rakan guru yang pastinya hebatd an bertanggung jawab. Meskipun, kadangkala saya mengimpikan satu sambutan hari guru yang 'hebat' seperti mana impian dalam mimpi-mimpi indah saya sehari sebelum 16 Mei namun.., inilah hari yang paling bermakna buat diri saya. Walaupun tanpa hadiah besar dan banyak seperti beberapa tahun yang lalu namun, saya masih berbangga kerana menjadi insan terpilih menyebarkan ilmu untuk mendidik anak bangsa saya. Terima kasih semua. Terima kasih SMK Sultanah Bahiyah. Terima kasih atas segala-galanya.. Juga terima kasih buat guru-guru saya - Cikgu Hajar, Cikgu Raja, Cikgu Yusof, Cikgu Mariam, Cikgu Jalil, Cikgu Osman Karim, Cikgu Hidzir, Cikgu... dan semuanya - saya masih menyayangi semua guru saya - Selamat Hari Guru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...