Jumaat, 8 April 2011

MEMBINA DIRI; MEMBIMBING RAKAN

Dalam kesibukan melunaskan tugas-tugas bertimbun di sekolah, saya dan guru-guru terpilih masih berkesempatan menghadirkan diri ke suatu kursus dalam perkhidmatan anjuran sekolah. Membina diri; Membimbing Rakan di Bustani Hotel. Lumrahnya begitulah. Sebagai guru, kita sewajarnya diberi motivasi berterusan untuk membina diri; bukan hanya membina pelajar. Kejayaan seorang guru membentuk pelajar bergantung kepada sejauh mana dia berjaya membina diri dan kemudian orang lain. Kehidupan seorang guru di sekolah cemerlang seperti SMKSB tentunya memerlukan pendekatan yang berbeza jika dibanding beza dengan sekolah-sekolah lain. Beban tugas, komitmen malahan tuntutan waris turut berbeza. Maka tidak mustahil satu pendekatan untuk membolehkan guru-guru membina diri mereka diberi keutamaan memandangkan guru-guru inilah yang menjadi tulang belakang kecemerlangan masa depan pelajar. Sebenarnya bukan sedikit masa, tenaga dan wang yang dikeluarkan untuk merealisasikan impian ini agar menjadi kenyataan. Banyak idea dan pandanganyang diterima bagi membina diri guru agar dapat pula bangun membimbing rakan guru yang lain. Komitmen semua guru walaupun terasa sedikit terbeban ternyata berbaloi kerana seharian hari ini dapat mengerat dan mengisi lompang-lompang kosong antara kami. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...