Sabtu, 4 April 2009

Pendidikan Agama Akar Tunjang Kekuatan Remaja (Siri 1)

PERSOALAN mengenai remaja banyak dibincangkan. Malangnya, hampir setiap perbicaraan isu remaja hanya berkisar masalah keruntuhan akhlak dan moral. Isu lain yang lebih penting kurang diberi perhatian. Remaja lepak, bohsia, bohjan, vandalisme, dadah, jenayah dan pelbagai isu negatif lain kerap mendapat tempat dalam masyarakat. Semua isu ini mendominasi remaja hingga kita tidak nampak lagi kebaikan golongan itu. Umum mengetahui bahawa masyarakat Malaysia amat prihatin dengan golongan istimewa, berpenyakit atau ditimpa bencana alam. Simpati dan sumbangan mencurah-curah kepada golongan malang ini. Sebaliknya, masyarakat seakan-akan lupa untuk menyalurkan simpati dan keprihatinan dalam menangani masalah remaja. Kita lebih senang membiarkan masalah remaja ditangani oleh ibu bapa mereka sendiri. Keadaan ini berlaku kerana menganggap itu masalah peribadi sesebuah keluarga dan sepatutnya diselesaikan oleh keluarga terbabit. Sebenarnya, pembangunan remaja hari ini ialah agenda penting yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Wawasan negara akan terencat dan pincang jika tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap hala tuju perjuangan mereka yang terdedah kepada pelbagai cabaran. Hampir semua isu keruntuhan moral bertitik-tolak kepada kepincangan didikan agama. Setiap saat kita terpaksa mengakui bahawa anasir yang melalaikan begitu banyak di sekeliling remaja. Kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang melampaui batasan, muzik yang melalaikan serta sosio seksual di luar kawalan adalah antara anasir yang dimaksudkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...