Rabu, 26 Oktober 2011

MAAF, KEHILANGAN YANG BEGITU PANJANG

Terasa begitu lama membiarkan laman ini kosong tanpa catatan sebarang idea. Meskipun ada ketikanya keinginan untuk menulis itu ada namun, kekangan masa kerap pula membatasi kemampuan diri. Banyak sungguh tugas-tugas yang menjadikan kesempatan tersebut terhalang. Sehingga rasanya untuk bersantai juga tidak ada waktu yang terluang.

Cuti Deepavali ini memberi sedikit ruang – bersantai di depan computer. Keinginan yang terperap hampir sebulan perlu direalisasikan hari ini. Sekurang-kurangnya sebaris ayat untuk dikongsi di alam maya. Sebenarnya banyak sungguh aktiviti dan memori yang ingin dikongsi. Bermula sebaik tamat peperiksaan PMR 2011. Namun nyata kadang-kadang kita hanya mampu merancang tetapi yang menentukan hanyalah Allah semata-mata.

Semalam sebaik balik dari Kem Kenari Nature Park Yan, saya berhadapan dengan computer untuk menyiapkan laporan kuanseling dan dihantar secara online ke KPM (Borang L4). Sebenarnya sudah ramai rakan dari Daerah Kota Setar bertindak secara kelompok dan menghantar borang L4 tersebut. Namun saya antara yang terlewat memandangkan saya berada di Yan mengendalikan satu kursus untuk anak-anak veteran tentera Malaysia bersama MGK Kota Setar.

Dan sebaik selesai, saya bersama suami menghantar Cikgu Azlina menaiki bas untuk pulang ke kampong di Kelantan hingga jam 10.00 malam. Sebaik sampai di rumah, ternyata mata dan badan tidak boleh berfungsi lagi. Maka,saya mengambil keputusan merehatkan diri. Begitu cepatnya peredaran masa – sehingga banyak yang membataskan kita. Sebaik membuka halaman ini, saya diterpa kesayuan memandangkan ramai yang meninggalkan catatan. Saya tidak berkesempatan membaca dan membuat kunjungan balas. Cuti ini pasti saya manafaatkan untuk membuat komentar semula. Terima kasih pada semua!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

DIARI SEORANG PESARA 3

Menjadi seorang pesara, rutinnya hanya di rumah. Menyiapkan tugas-tugas hakiki sebagai suri rumah. Tidak ada bezanya. Cuma dulu banyak ma...